KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka pelaksanaan e-invois yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada Ogos depan tidak akan memberi impak kepada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaksanaan sistem e-invois pada bulan depan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta dan dijangka tidak menjejaskan syarikat jualan kenderaan bersaiz kecil.
Tengku Zafrul berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kewangan (MoF) telah memaklumkan bahawa pelaksanaan sistem e-invois untuk permulaan hanya membabitkan syarikat yang memiliki pendapatan atau hasil melebihi RM100 juta.
"Secara teori sepatutnya tiada kesan kerana penjual kereta...syarikat mereka tidaklah sebesar itu.
"Namun kita tahu ada kerisauan kerana ada segelintir yang menawarkan pinjaman penuh untuk kenderaan, jadi dengan e-invois ia menjadikan transaksi lebih terus, dan amalan ini tidak boleh dilakukan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media baru-baru ini yang menyatakan jualan kenderaan dijangka mengalami penurunan permintaan pada Ogos akibat penghapusan pinjaman penuh terhadap pembelian susulan pelaksanaan e-invois.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan 4,000 syarikat berpendapatan melebihi RM100 juta disasarkan menjadi kumpulan pertama bagi pelaksanaan e-invois mulai 1 Ogos, 2024.
Syarikat dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta akan mula mengguna pakai e-invois pada 1 Jan, 2025.
Manakala penguatkuasaan penuh sistem e-invois akan dilaksana pada 1 Julai, 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Tengku Zafrul berkata pelaksanaan sistem e-invois pada bulan depan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.

Lelaki ditahan kes ugutan jenayah ketika mesyuarat agung parti politik
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah semasa mesyuarat agung tahunan sebuah parti politik di Kuala Selangor, Sabtu lepas.
Elak pembaziran, peniaga sedekah kepada golongan memerlukan
Peniaga di bazar Ramadan, Jalan Pantai, Pusat Bandar Sandakan bersedekah dengan memberikan jualan yang tidak habis dijual kepada masjid dan surau termasuk golongan gelandangan.
Caruman pekerja asing lindungi kepentingan pekerja tempatan
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Tiga penyampai Radio Era mohon maaf secara terbuka
Astro Audio menggantung tiga penyampai Radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.
Runner' warga asing ditahan bersama dua kilogram syabu
‘Runner’ dadah warga asing ditahan bersama dua kilo syabu

Enam individu dirakam keterangan kes guru didakwa jalin hubungan dengan murid
Polis berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain.

Polis Johor potong bekalan elektrik 470 premis judi dalam talian
Sebanyak 470 premis judi dalam talian di Johor dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dari Januari 2024 hingga 26 Feb lepas.

Pengasuh ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki enam tahun hingga mati
Hasil bedah siasat menemui 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan, dan kaki akibat hentakan benda tumpul.
ASEAN 2025 | 4 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Essan Yahya membawa tumpuan berikut:
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan

Bekas CEO, isteri dan anak didakwa ubah wang haram lebih RM150 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Kenaf Trading Global Sdn Bhd dan isteri serta anak lelakinya didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Kerajaan perluas pasaran dagangan, perkukuh diplomasi untuk hadapi ketidaktentuan ekonomi
Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara.

Malaysia kekal destinasi utama pelaburan Eropah dan AS, potensi pelaburan hampir RM20 bilion
Setakat Disember 2024, 56 projek berpotensi dengan komitmen pelaburan hampir RM20 bilion dikenal pasti dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.