KUALA LUMPUR: Kementerian Digital sedia membantu kalangan peniaga dan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran dalam melaksanakan sistem e-Invois yang dijadual bermula Ogos ini.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata beberapa perkara telah dibangkitkan berhubung pelaksanaan sistem itu, termasuk kemungkinan peniaga dan usahawan PKS perlu membuat bayaran lebih untuk mendapatkan khidmat pakar bagi melaksanakan proses sistem baharu itu.
Sehubungan itu, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu golongan berkenaan.
"Bantuan itu akan dibincangkan terlebih dahulu dan sebarang pengumumannya mungkin dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka e-Invois Kebangsaan dan Majlis Akreditasi anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini, hari ini.
Gobind mengulas kebimbangan pihak termasuk Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) mengenai kenaikan kos yang perlu ditanggung PKS berikutan arahan pelaksanaan sistem e-Invois.
Beliau sebaliknya menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
"Jika kita lihat impak (pelaksanaan e-Invois) secara meluas, apabila dapat memudahkan perniagaan, proses itu akan menjimatkan wang dan menyegerakan setiap transaksi.
"Dari sudut itu, kita sudah pasti dapat melihat peningkatan dalam pendapatan (PKS)," katanya.
Pada majlis itu, sebanyak 31 Pembekal Perkhidmatan Peppol (SP) dan empat Penyedia Penyelesaian Sedia Ada Peppol (PRSP) menerima akreditasi sebagai penyedia perkhidmatan e-Invois yang diiktiraf.
Langkah itu sekali gus mewujudkan jaringan kerjasama di antara perniagaan dan pembekal perkhidmatan yang membolehkan perniagaan meneroka pelbagai solusi e-Invois bersesuaian bagi tujuan pendigitalan perniagaan serta pematuhan cukai.
MDEC yang juga agensi peneraju ekonomi digital negara, turut diberi mandat sebagai Pan-European Public Procurement On-Line (Peppol Authority) di Malaysia.
Sementara itu, MDEC berkata penggunaan e-Invois dijangka meningkatkan sumbangan hasil cukai antara 14 peratus dan 15 peratus daripada keluaran dalam negara kasar sebaik dilaksanakan sepenuhnya dalam semua perniagaan menjelang 1 Julai, 2025.
Sistem e-Invois Kebangsaan yang bertujuan mendigitalkan perniagaan menggunakan kerangka Peppol, adalah inisiatif di bawah beberapa pelan tindakan peringkat kebangsaan iaitu Rancangan Malaysia Ke-12, Pelan Tindakan MyDigital dan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR) 2.0.
Penerimagunaan e-Invois adalah langkah penting sejajar dengan kemajuan semasa ekonomi digital selain dapat membantu perniagaan menyelaras operasi dan meningkatkan kecekapan, memacu pertumbuhan ekonomi selain meningkatkan hasil cukai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

GOBIND: Jika kita lihat impak (pelaksanaan e-Invois) secara meluas, apabila dapat memudahkan perniagaan, proses itu akan menjimatkan wang dan menyegerakan setiap transaksi. -Gambar fail/Bernama

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.