PETALING JAYA: Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bermula 7 hingga 9 November depan dijangka memberi banyak faedah antaranya pertumbuhan perdagangan dan pelaburan dalam negara, memacu industri pelancongan serta menguatkan kerjasama sains dan teknologi dengan negara luar.
Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, penganjuran acara yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
"Selain daripada peluang pelaburan, terdapat potensi kerjasama yang bakal ditekankan semasa konvensyen tersebut, termasuk pembangunan rangkaian industri.
"Antara lain, ia membina hubungan antara syarikat-syarikat tempatan dan asing untuk memperluaskan rangkaian industri serta meningkatkan kapasiti pengeluaran dan perkhidmatan.
"Ini termasuk peningkatan kemahiran tenaga kerja, memperkukuhkan kerjasama dalam latihan dan pembangunan tenaga kerja untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing pekerja tempatan," katanya.
Lim berkata demikian pada sidang media mengenai Konvensyen Dunia Fujian ke-11 oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia di sini semalam.
Tambah beliau, potensi kerjasama ini termasuk pembangunan infrastruktur dengan kolaborasi dalam projek-projek pembangunan infrastruktur strategik bagi memudahkan pergerakan barangan dan perkhidmatan serta meningkatkan persekitaran perniagaan dari luar negara.
Sementara itu, konvensyen ini dilihat sebagai pencetus kerjasama yang bukan hanya bakal meningkatkan daya saing ekonomi, tetapi memperkukuhkan hubungan antarabangsa dan membawa manfaat jangka panjang kepada semua pihak yang terlibat.
Tema konvensyen tahun ini iaitu Belayar di Laluan Sutera Maritim, mengumpulkan sentimen Fujian, menggambarkan semangat penerokaan global, perdagangan dan pertukaran budaya yang telah lama menjadi ciri warisan Fujian.
Faida Rahim
Mon Jul 15 2024

Lim (kanan) bercakap pada sidang media di Petaling Jaya semalam mengenai Konvensyen Dunia Fujian ke-11 anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada November. - Foto Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.