KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi suku pertama (S1) berakhir 31 Mac, 2022, melonjak 4.4 peratus kepada RM339.85 juta daripada RM325.47 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia diterjemahkan kepada peningkatan 2.9 peratus, atau RM2.89 bilion dalam hasil operasi, berbanding RM2.81 bilion sebelum ini, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
"Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti bagi S1 meningkat 4.4 peratus disebabkan kos kewangan yang lebih rendah daripada penebusan awal sukuk RM2 bilion yang diselesaikan pada S1 2021, serta kerugian yang diterjemahkan kepada pertukaran asing yang lebih rendah ke atas pinjaman.
"Ini dicapai walaupun caj cukai yang lebih tinggi daripada kadar Cukai Makmur," katanya.
Gergasi telekomunikasi itu berkata perbelanjaan transformasinya seperti pengoptimuman tenaga kerja, ditambah pula dengan impak pertukaran asing ke atas penyelesaian perdagangan menyumbang kepada pendapatan sebelum faedah dan cukai yang lebih rendah sebanyak 5.0 peratus, daripada RM589.7 juta kepada RM560.4 juta.
Ia telah melabur sebanyak 12.5 peratus daripada hasil dalam perbelanjaan modal (CAPEX) berjumlah RM361.2 juta untuk mengembangkan liputan gentian, naik taraf rangkaian teras dan sistem sokongan.
Ia juga telah mencatatkan aliran tunai yang lebih baik daripada operasi pada S1, hasil daripada inisiatif penjimatan kos.
"Aliran tunai bebas, bagaimanapun, lebih rendah sebanyak 15.1 peratus, pada RM658.8 juta, berbanding RM775.7 juta disebabkan oleh CAPEX RM114.2 juta yang lebih tinggi kerana kumpulan terus melabur dalam memenuhi jangkaan pelanggan dan rangkaian," kata TM.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan yang dikeluarkan selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-37 TM, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Imri Mokhtar berkata 2021 telah mencatat peristiwa penting tahun pertama transformasi.
Beliau berkata kumpulan itu telah menetapkan asas yang kukuh sebagai syarikat awam berhad berorientasikan pertumbuhan yang melabur untuk pulangan optimum jangka panjang kepada para pemegang sahamnya, di samping meneruskan usaha membina negara untuk merealisasikan Digital Malaysia yang sebenar.
"Pada 2022, kami menyasarkan untuk terus mengembangkan hasil operasi kami dengan memperkukuhkan momentum perniagaan teras kami bagi meningkatkan keuntungan, membolehkan kami melabur untuk pertumbuhan masa depan.
"Sambil menambah baik penyelesaian ketersambungan dan pendigitalan untuk Malaysia yang lebih baik, faktor manusia kekal sebagai elemen penting agenda pertumbuhan TM, kerana aspirasi syarikat adalah untuk berkembang ke arah syarikat teknologi berpaksikan manusia," kata Imri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi suku pertama (S1) berakhir 31 Mac, 2022, melonjak 4.4 peratus kepada RM339.85 juta daripada RM325.47 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

TM tamatkan sepenuhnya Streamyx, Unifi Lite pada 28 Februari
Telekom Malaysia tidak lagi akan menawarkan perkhidmatan berasaskan rangkaian tembaga menjelang 28 Februari 2025 kelak.

Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.

Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.

TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.

Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.

Proses peralihan DWN 5G di Malaysia berjalan lancar - Gobind
Gobind berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.

Curi kabel TM: Lari dari polis, lelaki cedera, rakan larikan diri
Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun.

SST 8 peratus hanya untuk beberapa perkhidmatan Unifi - TM
Kadar SST bagi kandungan Unifi TV yang menjadi pelengkap atau tambahan kepada perkhidmatan telekomunikasi kekal pada enam peratus.

Kecurian cip elektronik TM, lapor segera jika lihat aktiviti meragukan
Polis memohon bantuan orang awam untuk segera membuat laporan jika melihat aktiviti meragukan di peti kabinet milik Telekom Malaysia (TM) di sekitar daerah Lipis, dekat sini.

Empat anggota polis ditahan subahat curi kabel
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) itu ditahan pada 19 September lalu.