KUALA LUMPUR: Proses perjanjian langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi peralihan kepada model rangkaian dwiborong (DWN) 5G di Malaysia, berjalan lancar walaupun Telekom Malaysia masih belum menyempurnakan perjanjian berkaitan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.
"Kita biarkan proses ditetapkan itu berjalan dulu. Jika ada (sebarang) perkembangan baharu atau agenda yang diputuskan, barulah kita akan umumkan pada sidang media. Proses itu juga sedang berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada acara Persidangan Perbankan Malaysia (MBC) 2024 yang bertemakan Perbankan Dalam Era GenAI -- Membentuk Perbankan, Inovasi Bagi Ekonomi Baharu dan Mempercepat Kemampanan,' di sini, semalam.
Gobind diminta mengulas sama ada Telekom Malaysia diberi had masa tertentu untuk menyempurnakan perjanjian langganan sahamnya bersama Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) dan DNB.
Telekom Malaysia dilaporkan perlu menyempurnakan perjanjian langganan sahamnya dengan kedua-dua pihak terbabit pada atau sebelum 21 Ogos, 2024.
Sebelum ini, empat pengendali rangkaian mudah alih telah mengumumkan bahawa SSA dengan DNB dan MKD telah dimuktamadkan selepas memenuhi semua terma dalam SSA bersyarat.
Empat pengendali berkenaan iaitu YTL Power International Bhd, CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd telah menandatangani SSA bersyarat itu pada 1 Dis, 2023, untuk membuka laluan bagi peralihan kepada model DWN 5G.
Mengulas keputusan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia, Gobind juga berharap supaya pemuktamadan keputusan itu dapat dicapai dalam masa terdekat.
"Ini berkaitan (pihak atau) siapa yang akan mendirikan rangkaian 5G kedua dan pelaksanaannya...(selepas itu) baru kita boleh bincangkan perkara seperti had masa dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Gobind bercakap kepada pemberita selepas berucap pada acara Persidangan Perbankan Malaysia 2024 di Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

TM tamatkan sepenuhnya Streamyx, Unifi Lite pada 28 Februari
Telekom Malaysia tidak lagi akan menawarkan perkhidmatan berasaskan rangkaian tembaga menjelang 28 Februari 2025 kelak.

Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.

Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.

TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.

Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.

Proses peralihan DWN 5G di Malaysia berjalan lancar - Gobind
Gobind berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.

Curi kabel TM: Lari dari polis, lelaki cedera, rakan larikan diri
Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun.

SST 8 peratus hanya untuk beberapa perkhidmatan Unifi - TM
Kadar SST bagi kandungan Unifi TV yang menjadi pelengkap atau tambahan kepada perkhidmatan telekomunikasi kekal pada enam peratus.

Kecurian cip elektronik TM, lapor segera jika lihat aktiviti meragukan
Polis memohon bantuan orang awam untuk segera membuat laporan jika melihat aktiviti meragukan di peti kabinet milik Telekom Malaysia (TM) di sekitar daerah Lipis, dekat sini.

Empat anggota polis ditahan subahat curi kabel
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) itu ditahan pada 19 September lalu.