SHAH ALAM: Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan hanya beberapa perkhidmatan di bawah jenama Unifi terlibat dengan kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus.
Menerusi dokumen soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan TM di laman sesawangnya, kadar cukai baharu itu hanya dikenakan bagi kategori teknologi maklumat, iklan, perkhidmatan pengurusan, perundingan, perkhidmatan latihan dan bimbingan serta perkhidmatan digital domestik.
Bagi servis yang berkait kredit telekomunikasi, empat perkhidmatan utama dicaj kadar SST lapan peratus.
Ia membabitkan kandungan Unifi TV yang dilanggan secara ‘standalone’ (seperti sewa filem), perkhidmatan awan, solusi pemasaran digital perniagaan Unifi dan perkhidmatan keselamatan.
Bagaimanapun, kadar SST bagi kandungan Unifi TV yang menjadi pelengkap atau tambahan kepada perkhidmatan telekomunikasi dikekalkan pada kadar enam peratus.
Ia bermaksud kadar SST untuk pek TV Unifi tidak mengalami sebarang perubahan dan sama seperti sebelumnya
Selain itu, kadar SST bagi servis telekomunikasi juga kekal pada enam peratus merangkumi Unifi Broadband, Unifi Mobile, dan Unifi Fixed Line.
Berkuat kuasa pada Jumaat, kadar SST naik kepada lapan peratus, berbanding enam peratus sebelum ini.
Peningkatan kadar SST baharu ke lapan peratus itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Bajet 2024 pada Oktober lalu.
Kadar baharu berkenaan begitupun tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 02 2024

Hanya beberapa perkhidmatan di bawah jenama Unifi terlibat dengan kenaikan kadar SST kepada lapan peratus. - Foto Unifi
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

SST 8 peratus hanya untuk beberapa perkhidmatan Unifi - TM
Kadar SST bagi kandungan Unifi TV yang menjadi pelengkap atau tambahan kepada perkhidmatan telekomunikasi kekal pada enam peratus.