Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini mengumumkan pemilihan U Mobile Sdn Bhd bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua negara selepas melakukan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial.
Dalam satu kenyataan semalam. TM berkata pihaknya percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.
"Kami kekal untuk memberi tumpuan dalam menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian 5G kepada pengguna dan segmen perniagaan kami.
"Keutamaan TM adalah bagi memastikan semua pelanggan terus mendapat akses lancar ke atas perkhidmatan dan ekosistem 5G yang boleh dipercayai," katanya.
Pada masa sama, syarikat itu menyasarkan untuk menjadi sebuah kuasa digital menjelang 2030 serta komited memainkan peranan penting dalam membina negara digital, terus menyokong ekosistem 5G dan memacu inovasi digital untuk semua rakyat negara ini.
-- BERNAMA