KUALA LUMPUR: Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sehingga kini adalah sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion, kata PETRA.
Ia berkata pengguna tenaga termasuk operator pusat data yang menggunakan tenaga elektrik bersamaan atau melebihi tiga juta kilowatt jam dalam tempoh enam bulan berturut-turut adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008 (EMEER 2008).
"Sehingga kini, terdapat 22 buah pusat data yang dikawal selia di bawah EMEER, dengan 20 pusat data terletak di Selangor dan Kuala Lumpur serta masing-masing satu pusat data di Pulau Pinang dan Johor Bahru," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen semalam.
PETRA berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai tindakan bagi menggalakkan kecekapan tenaga dalam operasi pusat data dan margin rizab elektrik dan air.
Selain itu, kementerian itu berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selaku agensi kawal selia berkaitan pusat data, sedang membangunkan satu kod teknikal berkenaan spesifikasi pusat data hijau.
Kod tersebut menyentuh keberkesanan penggunaan tenaga bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di pusat data dan pada masa yang sama mengurangkan pelepasan karbon daripada sub-sektor tersebut.
PETRA juga sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga bagi mengukuhkan kerangka perundangan berkaitan kecekapan tenaga.
"Apabila akta ini dikuatkuasakan ke atas sektor industri, komersial dan kediaman termasuk pusat data kelak, kerajaan menjangkakan penjimatan penggunaan tenaga negara sehingga 2050 akan mencapai 2,017 juta Gigajoule bersamaan RM97.1 bilion dengan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 197,877 kilotan," katanya.
Sementara itu, bagi memastikan unjuran rizab margin bekalan elektrik sentiasa berada sekurang-kurang pada paras minimum iaitu 25 peratus akibat kemasukan pusat data ke dalam negara, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tariff (JPPPET) pada 24 Mei 2024 telah meluluskan Pelan Pembangunan Bekalan Elektrik Semenanjung 2024-2050 bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik dapat dipenuhi.
Sebagai pelan mitigasi segera, Mesyuarat JPPPET juga mengenal pasti beberapa buah loji janakuasa akan dilanjutkan tempoh operasinya bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik akibat kemasukan pusat data tersebut.
"Bagi jangka masa panjang, tambahan kapasiti penjanaan baharu sebanyak 700MW pada 2030 dan sebanyak 2.8GW di antara 2031-2034 telah dirancang dalam Pelan Pembangunan Bekalan Elektrik Semenanjung 2024-2050," katanya.
Bagi margin rizab air pula, PETRA berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara mengesyorkan rizab margin yang selesa adalah antara 10 peratus hingga 15 peratus.
Pada 2023, purata rizab margin air terawat bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan adalah 14.7 peratus.
"Berdasarkan kepada rekod ini, rizab margin bagi bekalan air terawat adalah kekal stabil bagi menyokong pertambahan pelaburan pusat data ke dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

PETRA sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga bagi mengukuhkan kerangka perundangan berkaitan kecekapan tenaga.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.