KUALA LUMPUR:
Dinamik kehidupan kampus biasanya ada dua fasa, waktu siang pada mana anak-anak muda sibuk melaksana tugas akademik dan profesional, dari pagi hingga petang.

Tatkala tenggelamnya matahari, inilah waktu mereka melangkah ke dunia masing-masing dengan hal-hal yang menyalakan jiwa mereka seperti melakukan hobi, meneroka, dan berhubung dengan teman-teman.

Ini terbukti dengan statistik penggunaan data mobil yang melonjak di waktu malam, di mana kajian juga menunjukkan bahawa sembilan daripada sepuluh pelajar universiti di Malaysia menjadikan hobi atau minat mereka sebagai sumber pendapatan sebagai cara merapatkan jurang kos pendidikan yang semakin meningkat.

Maka melihat kepada keadaan ini, Unifi Mobile tampil menganjurkan sebuah acara khusus buat anak muda - “#OwnTheNight Live Unstoppable dengan UNI5G” bertempat di Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya pada 11 sehingga 13 September yang lalu.

“Kami mendengar keperluan pelanggan-pelanggan kami yang juga terdiri daripada para pelajar universiti dan kolej, jadi kami rangkakan program ini sebagai satu cara untuk menyerlahkan potensi dan memenuhi keperluan mereka pada waktu malam,” kata Naib Presiden Eksekutif (EVP) Mobile, Telekom Malaysia (TM), Jasmine Lee Sze Inn."
 
Silent Music Festival mempamer keupayaan 5G secara mendengar muzik secara langsung menggunakan 'headphone' tanpa wayar.

Untuk mempamerkan keupayaan 5G dalam menghubungkan insan di pentas digital, ‘Silent Music Festival’ telah diadakan di mana pengunjung menikmati musik yang dipersembahkan secara langsung oleh barisan artis jemputan seperti Ahmad (DJ Santan), DJ Bunga (Bad Habits), Luqman Podolski, Ieman Jemymma dan Nafis, Midnight Fusic dan Arulini - dengan menggunakan ‘headphone’ tanpa wayar.

Turut dianjurkan adalah ‘Mamak Mobile Esport Challenge’ - pertandingan permainan mobil ‘Mobile Legends’, dalam gaya seperti di warung mamak, juga bengkel fotografi malam menggunakan mural bersinar dalam gelap yang dibuat khas untuk acara ini - segalanya sebagai pengalaman menyeluruh merangkumi komuniti, kreativiti dan sebuah medan ekspresi diri.

'Mamak Mobile Esport Challenge' antara aktiviti yang dianjurkan dalam #OWNTHENIGHT Live Unstoppable di MMU Cyberjaya.

Ia juga senada dengan pelancaran produk baharu daripada Unifi Mobile menerusi Prabayar UNI5G khusus buat generasi muda iaitu Pas Larut Malam Tanpa Had yang menyediakan data tanpa had 4G+5G dari 2 pagi hingga 8 pagi hanya pada RM3 sahaja.

“Ada juga pas lain seperti Pas Hospot, kalau ada ramai kawan datang ke bilik untuk melepak bersama bermain permainan mobil, ini tawaran untuk anda - RM2 sahaja untuk data tanpa had 4G+5G.

“Juga jika anda perlukan data yang lebih, ada Pas Bulanan untuk data 4G+5G dan panggilan tanpa had serta data ‘hotspot’ 5GB pada harga RM35.”

Maklum Jasmine lagi, pihaknya merancang untuk membawa acara “#OwnTheNight Live Unstoppable bersama UNI5G” ke kolej dan universiti di negeri-negeri lain pada masa akan datang.

Data tanpa had 4G+5G dari 2 pagi hingga 8 pagi hanya untuk RM3.


UNI5G TM: #OwnTheNight Live Unstoppable semarak potensi waktu malam anak muda