KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) akan menyediakan pasaran dengan produk yang lebih berdaya saing dan menarik serta menyokong saranan kerajaan untuk mengurangkan harga internet menerusi Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP).
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris berkata, tawaran itu bertujuan untuk menambah nilai kepada pengguna seperti menambah lebih banyak kandungan untuk pelanggan.
"Menurunkan harga untuk perkhidmatan jalur lebar kami (TM) adalah subjektif. Kami melihatnya sebagai portfolio keseluruhan, justeru TM akan melakukan penambahbaikan.
"Kesan terhadap pendapatan TM akan berlaku tetapi kami akan cuba menguruskan kesan itu dengan menawarkan perkhidmatan pelengkap lain untuk mengimbangi kenaikan harga tersebut," katanya kepada pemberita pada taklimat media mengenai keputusan suku kedua TM, di sini, pada Jumaat.
Pada awal bulan ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, semua penyedia perkhidmatan internet jalur lebar diarah mengurangkan harga internet mulai September.
Amar Huzaimi berkata, kumpulan itu juga berusaha untuk terus bersikap berhati-hati terhadap struktur kos dalam persekitaran peningkatan kos operasi dan melakukan pelaburan secara konsisten sebahagian besarnya untuk masa depan bagi membolehkan negara mencapai kemajuan dalam ekonomi digital negara.
"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan wujud cabaran dan persaingan. Kami akan mengharunginya dan mencari kaedah serta peluang terbaik untuk meningkatkan TM. Semua jenis perniagaan pasti ada cabarannya," katanya.
Sementara itu, mengenai kesan perkhidmatan satelit Starlink SpaceX di Malaysia, Amar Huzaimi berkata, ia boleh menjadi penyelesaian pelengkap untuk TM kerana Starlink dapat menembusi kawasan yang tidak dapat dicapai oleh TM.
"Kami adalah pembekal rangkaian untuk Starlink. Terdapat banyak cara Starlink boleh berdagang di pasaran ini. Daripada segi peruncitan, kami menjangkakan berkemungkinan wujud perkongsian yang boleh kami jalin dengan Starlink untuk memastikan TM dapat menawarkan perkhidmatan yang serupa untuk kawasan yang tidak dapat ditembusi," katanya.
Beliau berkata, TM akan terus berkhidmat sebagai rakan kongsi yang dipercayai negara untuk mengembangkan ketersambungan keseluruhan Malaysia dan ekosistem digital termasuk 5G. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Telekom Malaysia Bhd akan menyediakan pasaran dengan produk yang lebih berdaya saing dan menarik serta menyokong saranan kerajaan untuk mengurangkan harga internet menerusi Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh
MCMC dalam satu kenyataan pada 1 November lepas mengumumkan pemilihan U Mobile yang dikaitkan dengan jutawan Tan Sri Vincent Tan sebagai pengendali rangkaian kedua 5G di negara ini.

Gangguan internet: TM sahkan masalah kabel dasar laut
TM melalui Unifi mengatakan pasukan mereka sedang aktif dalam mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet buat masa ini.

Kerjasama dengan Singtel kukuh kedudukan TM sebagai peneraju pusat data di Malaysia - TA Securities
Katanya, sehingga kini TM memiliki tujuh pusat data di seluruh Malaysia dan menerusi kerjasama itu, kumpulan itu boleh memanfaatkan kepakaran Nxera bagi membangunkan pusat data terkini.

TM untung bersih RM1.87 bilion pada 2023, melonjak 63.6 peratus
Hasil TM catat peningkatan kepada RM12.26 bilion pada 2023 berbanding RM12.1 tahun sebelumnya, didorong prestasi kukuh Unifi dan TM Global.

Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan
Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik TM dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin.

#OwnTheNight Live Unstoppable dengan UNI5G semarak potensi waktu malam anak muda
Seiring dengan pelancaran Pas Larut Malam Tanpa Had yang menyediakan data 4G5G dari 2 pagi hingga 8 pagi hanya pada RM3.

TM tawar produk lebih berdaya saing, sokong inisiatif kerajaan
Tawaran itu bertujuan untuk menambah nilai kepada pengguna seperti menambah lebih banyak kandungan untuk pelanggan.

TM, YTL sedia meterai perjanjian untuk langgan saham DNB - Tengku Zafrul
TM dan YES telah persetujuan daripada ahli Lembaga Pengarah mereka dan bersedia menandatangani perjanjian untuk melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia.

Felda urus resort milik TM
Perkembangan tersebut sekali gus meluaskan lagi pegangan Felda dalam industri perhotelan di negara ini.

Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia lonjak untung bersih S1 TM kepada RM339.85 juta
Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia diterjemahkan kepada peningkatan 2.9 peratus.