TELEKOM Malaysia hari ini mengesahkan mengalami masalah kabel dasar laut, sekali gus memberikan impak kepada penggunaan internet dan juga pelayaran web untuk para pengguna – terutamanya melalui perkhidmatan Unifi.


Ringkasan AI
  • Telekom Malaysia (TM) mengesahkan mengalami masalah kabel dasar laut yang memberi impak kepada penggunaan internet dan pelayaran web, terutamanya untuk pengguna Unifi.
  • Pasukan TM sedang aktif mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet untuk mengurangkan gangguan.
  • TM akan terus berkongsi perkembangan terkini, namun tiada jangka masa diberikan untuk penyelesaian penuh masalah ini.


Perkongsian ini hadir selepas ramai pengguna Unifi mengadu berkenaan rangkaian internet yang perlahan sejak beberapa hari kebelakangan ini.


TM melalui Unifi mengatakan pasukan mereka sedang aktif dalam mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet buat masa ini.

TM mengatakan akan terus berkongsi sebarang perkembangan berkaitan perkara ini dari masa ke semasa.

Tiada sebarang latar masa diberikan berkenaan bilakah gangguan ini akan selesai sepenuhnya. -Amanz