Thai AirAsia Co Ltd (TAA) mempertimbangkan untuk bergabung dengan syarikat penerbangan tambang rendah lain bagi membendung perang harga berikutan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan sektor penerbangan.
Pengerusi Eksekutif TAA, Tassapon Bijleveld memberitahu Bangkok Post, syarikat berkenaan akan mula memberhentikan pekerjanya serta mengecilkan operasi syarikat dan kumpulan pesawat demi kelangsungan perniagaan sekiranya aktiviti-aktiviti pelancongan di negara itu tidak beroperasi semula pada Julai.
Tassapon berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan lain mengenai kemungkinan penggabungan itu. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
"Penggabungan itu mungkin berlaku sekiranya sektor penerbangan di Thailand meneruskan perang harga lama yang sama memandangkan pada masa ini kami mempunyai sumber perolehan yang lebih terhad," katanya.
Bagi mengelakkan kerugian setiap penerbangan, beliau berkata harga tiket pesawat perlu ditetapkan dalam lingkungan harga 1,200 dan 1,400 baht, iaitu peningkatan antara 15 hingga 20 peratus daripada kadar biasa iaitu kira-kira 1,000 baht (100 baht = RM13.67).
Tassapon juga merupakan Pengerusi Eksekutif Asia Aviation Plc (AAV) yang disenaraikan di Bursa Saham Thailand. Beliau mempunyai 40.52 peratus kepentingan dalam AAV yang merupakan pemilik TAA.
Terdapat tujuh syarikat penerbangan tambang rendah di Thailand.
Tassapon berpendapat, tiga operator adalah mencukupi untuk bersaing di pasaran.
Beliau berkata, setiap bulan TAA mengalami kerugian kira-kira 1.2 bilion baht semasa pelaksanaan perintah berkurung akibat COVID-19 apabila 60 pesawatnya terkandas di lapangan terbang.
Menurutnya, AAV menjangkakan berlakunya kerugian yang belum pernah terjadi sebelum ini, pada tahun ini.
TAA mencatat perolehan berjumlah 9.4 bilion baht bagi suku pertama 2020, merosot 19 peratus tahun ke tahun dan kerugian bersih sebanyak 671 juta baht.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 28 2020

Setiap bulan Thai AirAsia mengalami kerugian kira-kira 1.2 bilion baht semasa pelaksanaan perintah berkurung akibat COVID-19 apabila 60 pesawatnya terkandas di lapangan terbang. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.