Pengukuran kemiskinan negara tidak boleh hanya tertumpu kepada kumpulan 40 peratus terbawah atau B40 sahaja, sebaliknya ia perlu diukur secara pendapatan individu.
Menurut Ketua Ekonomi EIS-UPMCS Centre for Future Labour Market Studies, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, ini kerana data B40 diukur dua tahun sekali dan tidak mencerminkan realiti kemiskinan sebenar.
“Kalau kita menilai berdasarkan B40, M40 ini, kita agak lambat untuk memantau kerana kita tidak tahu siapakah mereka ini. B40, M40 ini diklasifikasikan berdasarkan survei yang dilakukan dua tahun sekali oleh Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah. Jadi dalam masa dua tahun tidak ada maklumat baharu tentang kumpulan ini.
“Bagi saya yang paling senang untuk kita perhatikan dalam konteks data yang ada sekarang ini, maklumat dari agensi-agensi, lebih tepat, lebih baik, lebih mudah untuk kita laksanakan pemantauan secara berkala bukan sahaja kita dapat secara bulanan mungkin secara mingguan dan harian.
“Yang paling ideal pada saya adalah untuk kita melihat kepada pendapatan individu itu atau julat pendapatan itu daripada kita klasifikasikan B40, M40, T20. Susah untuk kita laksanakan dasar-dasar pemantauan,” katanya.
Dr Yusof berkata demikian dalam Webinar EU-Era House of Scholar, Rancangan Malaysia Ke-12, 'Ke Manakah Hala Tuju Kita', yang menyentuh tentang pembangunan modal insan dan keterangkuman sosio-ekonomi.
Pendapat itu turut disokong Pensyarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPek) Universiti Malaysia Kelantan, Prof Madya Dr Wan Amir Zal Wan Ismail yang mengakui klasifikasi B40, M40 dan T20 menimbulkan kekeliruan Ketika melaksanakan program membasmi kemiskinan.
“Kami bukan setakat buat kajian kemiskinan, kami juga buat program pengurusan kemiskinan dan pembangunan kapasiti. Cabaran yang kami hadapi adalah kekeliruan definisi kemiskinan.
“Biasanya kita sebut kemiskinan yang berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), tetapi ramai sebut B40. B40 bukan miskin, mereka berpendapatan rendah. Akhirnya ia tersalah sasar. Akhirnya strategi kita untuk basmi kemiskinan seolah-olah mencurah garam ke laut,” katanya.
Sementara itu Dr Yusof berkata pendekatan pembasmian kemiskinan memerlukan autonomi mengikut lokaliti, daerah dan negeri.
“Dasar kita terlalu top down, apa yang ditetapkan persekutuan akan dilaksanakan di peringkat negeri sedangkan penduduk berbeza mengikut daerah dan negeri.
“Kalau kita ubah, bottom up approach yang mana negeri, daerah dan lokaliti diberi keupayaan untuk laksanakan apa yang mereka rasakan sesuai untuk selesaikan kemiskinan dan jurang pendapatan kerana meraka lebih faham,” kata Dr Yusof.
Pandangan sama turut ditekankan oleh Dr Wan Amir yang melihat isu kemiskinan di bandar dan luar bandar jauh berbeza dan memerlukan penyelesaian berbeza.