Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan semasa kunjungan rasmi Prabowo.
"Yang pentingnya adalah usaha kami pastikan Indonesia-Malaysia bekerjasama untuk mengangkat kekuatan ekonomI.
"Antara yang terlibat adalah syarikat-syarikat utama Indonesia, Khazanah, dan syarikat-syarikat utama Malaysia, termasuk dalam bidang digital yang kita tekankan sebagai transformasi digital," ujar Anwar dalam ucapannya di Forum Ekonomi Malaysia 2025 di ibu negara hari ini.
Prabowo dijadualkan mengadakan pertemuan rasmi bersama Anwar bermula hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala serta meneroka peluang baharu untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Anwar bekata Perdana Menteri Jepun, Ishiba Shigeru akan bertemu Anwar esok untuk membincangkan pelaburan strategik dalam sektor tenaga dan peralihan tenaga mampan.
"Esok, PM Jepun Ishiba akan tiba di Malaysia dan kita akan bicara beberapa isu.
"Ini termasuk pelaburan perdagangan, dan rancangan baharu yang kritikal dari segi peralihan tenaga.
"Kita harap perbincangan akan jadikan Malaysia, khususnya Sarawak, sebagai hab tenaga di rantau ini," ujarnya. //ends