"Kita harus menjangkakan Trump akan melaksanakan apa yang diumumkannya: tarif 20 peratus ke atas produk Eropah bolehberlaku tidak lama lagi," kataManfred Weber kepada kumpulan media Funke dalam laporan yang diterbitkan pada Sabtu.
Donald Trump, anggota Republikan akan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47 pada 20 Januari.
Eropah perlu bersedia menghadapi rancangannya "dengan keyakinan," kata Weber.
"Dari sudut ekonomi, kita berada pada tahap yang hampir sama dengan Amerika, masing-masing menyumbang lebih 20 peratus daripada keluaran ekonomi global.
"Kita juga mampu melaksanakan langkah balas. Syarikat digital Amerika memperoleh banyak keuntungan di EU tetapi hampir tidak membayar cukai - itulah aspek yang boleh kita fokuskan," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa EU tidak mahu perang perdagangan kerana ia hanya akan melemahkan Barat secara keseluruhan.
"Apa yang kita perlukan ialah NATO ekonomi. Kita harus menawarkan kepada Trump peluang untuk bekerjasama menentang China," katanya.
-- BERNAMA