Pada harga lebih murah, pelanggan berpeluang memiliki kenderaan cekap tenaga Perodua apabila ia mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada separuh kedua tahun ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, model terbaharu Perodua yang menggunakan teknologi kenderaan terkini diharap mampu mengulangi kejayaan jualan yang dicatatkan model Myvi sebelum ini.
Selepas Kancil, model yang dilancarkan Perodua adalah Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Viva dan Alza.
Myvi yang pertama kali diperkenalkan pada 2005 mencatat kejayaan sebagai model kenderaan paling laris dijual untuk tahun 2013.
Perhatian sekali lagi diberikan pengguna terhadap jenama ini menerusi pengenalan model baharu yang dikatakan lebih nilai dan jimat petrol.
Perodua mensasarkan pengeluaran model tersebut di kilang baharunya yang hampir siap di Rawang, Selangor.
Ia antara kemudahan pengeluaran automotif berkelas dunia dan pertama paling cekap di negara ini.
Prasarana bernilai RM790 juta itu mempunyai kemudahan sama dengan kilang berteknologi tinggi milik Daihatsu Motor CO di Fukuoka, Jepun.
Ia mencerminkan usaha serius Perodua untuk menjadi peserta automotif global yang lebih berdaya saing.
Menerusi pelan transformasi yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu, pengurusan melihat banyak pembaharuan dalam operasi syarikat.
Ia secara berperingkat berupaya menguruskan pengurangan kos operasi dari 15 peratus kepada 30 peratus.
Astro Awani
Thu Apr 03 2014
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Aminar Rashid ucap selamat tinggal kepada Perodua
Beliau akan digantikan dengan Datuk Zainal Abidin Ahmad yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd.
Perodua buka tempahan untuk Myvi baharu
Perodua membuka tempahan untuk model Myvi baharunya, yang akan dilancarkan pada 15 Jan.
Perodua janji model baharu lebih murah dan jimat tidak lama lagi
Lebih murah dan lebih jimat, pelanggan berpeluang memiliki model terbaru perodua pada separuh kedua tahun ini.
Perodua sasar jualan 4,300 unit sebulan untuk Alza baru dilancar
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk menjual 4,300 unit sebulan model Alza yang baru dilancarkan.
Perodua yakin capai sasaran 188 ribu unit bagi 2012
Datuk Aminar Rashid akui garis panduan pinjaman dan persaingan antara faktor angka jualan bulan Oktober menurun.