KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan sesi libat urus di beberapa zon di seluruh negara melibatkan lebih 1,100 peserta dan wakil agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan, badan peguam dan ahli akademik.
"Seterusnya, BHEUU akan mengadakan libat urus di zon tengah pada akhir Ogos 2024 dengan anggaran penyertaan 500 orang. Tujuan libat urus adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai penetapan skop dan parameter, perundangan, pelaksanaan serta implikasi kos yang bakal terlibat," katanya.
Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) mengenai status penggubalan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dan jangkaan waktu rang undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Kulasegaran berkata kewujudan Akta Kebebasan Maklumat akan meningkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan memberi setiap individu peluang mengakses maklumat berkenaan mana-mana kementerian, jabatan atau agensi kerajaan melalui permohonan yang dikemukakan, kecuali maklumat tertentu seperti data peribadi dan maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam dan negara.
Sementara itu, beliau berkata tiada bantahan daripada mana-mana bahagian kerajaan untuk penggubalan undang-undang terbabit kecuali di kebanyakan negeri yang mahu mengadakan peruntukan Akta Kebebasan Maklumat sendiri bagi mengawal hal-hal berkaitan negeri masing-masing.
Selain itu, beliau berkata antara cadangan dalam perundangan itu ialah mewujudkan sebuah badan yang boleh dirujuk sekiranya bahagian atau kementerian memutuskan tidak membenarkan akses kepada sesuatu dokumen.
Kulasegaran berkata ahli badan berkenaan terdiri daripada hakim besar bersara dan mereka yang berpengalaman bagi memastikan inisiatif kerajaan terhadap perundangan itu lebih terbuka dan baik untuk rakyat.
Pada 14 Sept 2023, Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsip terhadap penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dengan mewujudkan parameter serta garis panduan jelas bagi memberi akses kepada orang awam mendapatkan maklumat daripada badan awam dan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Kewujudan Akta Kebebasan Maklumat akan meningkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan memberi setiap individu peluang mengakses maklumat berkenaan mana-mana kementerian, jabatan atau agensi kerajaan melalui permohonan yang dikemukakan.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.