PUTRAJAYA: Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar di kawasan perlindungan serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata teknologi itu kini diaplikasikan oleh beberapa agensi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhutanan Semanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
"Maka dengan adanya dron walaupun ia tidak seratus peratus tetapi ia sangat membantu kerja, ia beri kelebihan dan bantu kita laksana tugas dengan cekap.
"Suatu ketika dahulu, JAS dengan kerjasama JUPEM telah menggunakan dron untuk mengesan kawasan pembuangan sisa-sisa bauksit di Kuantan, Pahang. Maklumat dijana banyak membantu pihak berwajib untuk membuat keputusan dalam menangani isu berkaitan bauksit," katanya ketika berucap merasmikan Simposium Dron Kebangsaan 2024 di sini hari ini
Sementara itu, Nik Nazmi berkata perkembangan teknologi khususnya membabitkan dron telah mengubah landskap industri dan perkhidmatan awam di peringkat global termasuk Malaysia.
"Pada waktu ini, teknologi dron digunakan untuk menjalankan pelbagai fungsi strategik dan bukan strategik. Keupayaan dron bagi melaksanakan tugas-tugas yang berisiko dan mencabar dalam tempoh masa yang singkat telah membuka peluang baharu untuk meningkatkan keberkesanan dalam pelbagai bidang," katanya.
Beliau turut mengingatkan semua pihak untuk memanfaatkan teknologi itu dengan bijak dan bertanggungjawab malah dron yang ingin diterbangkan bagi tujuan kerja udara hendaklah mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Dron tidak boleh disalah guna bagi aktiviti yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral seperti menceroboh hak privasi individu, mengancam keselamatan awam, membahayakan operasi penerbangan dan keselamatan negara.
Nik Nazmi dalam sidang media berkata pihaknya akan mempertingkatkan teknologi dron yang ada mengikut perkembangan semasa terutama berkaitan tugas pemantauan alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Nik Nazmi meluangkan masa melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Simposium Dron Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kerajaan kaji guna dron kawal keselamatan sempadan
Keadaan di perairan Sabah misalnya, yang pernah berlaku kejadian culik dan jenayah sempadan, ia memerlukan satu tindakan pengawasan yang lebih efisyen dan penuh siap siaga.

'Kewartawanan Dron' di kawasan bencana bantu liputan berita
Konsep liputan berita menggunakan teknologi dron boleh mengubah cara memperoleh dan menyampaikan maklumat, khususnya dalam situasi bencana.