KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis menyertai parti itu.
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Takiyuddin yang juga Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, keputusan Muhamad Jailani tidak dianggap sebagai lompat parti kerana pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai 2023.
"Pada masa ini di Melaka belum ada undang-undang antilompat parti.
"Maknanya pada masa ini siapa nak tukar parti, sebagai mana seruan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Ketua Menteri Melaka) sebelum Julai, dia jemput ADUN PN sertai (blok kerajaan) tetapi (sebaliknya) ADUN Kerajaan Perpaduan (Muhamad Jailani) telah memohon menyertai PN melalui Pas.
"Jadi DUN Melaka sekarang bukan ada dua wakil pembangkang, tetapi tiga orang pembangkang.
"Ia masing-masing dari DUN Bemban, Sungai Udang dan sekarang ADUN Rembia daripada parti UMNO," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa
Ditanya mengapa pengumuman tersebut dibuat pada hari ini, Takiyuddin menyifatkan ia sebagai strategi gabungan tersebut dan menegaskan ia adalah masa yang sesuai.
"Semasa (sidang) Parlimen kami pakai lilitan putih ini untuk membantah keputusan daripada Parlimen apabila enam ahli PN yang jelas meninggalkan prinsip parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengikut undnag-undang, dia terhenti menjadi ahli Bersatu.
"Dalam Perlembagaan 49A (1B), dia memang sepatutnya terpecat menjadi Ahli Parlimen di keenam-enam kawasan tersebut," ujarnya lagi.
Sementara itu, Muhamad Jailani dalam sidang media sama memaklumkan keputusan menyertai Pas adalah untuk sama-sama berjuang dengan rakyat, yang didakwa berdepan kesusahan ketika ini.
Tambahnya, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
"Saya sudah minta cara baik tetapi digantung (keahlian). Ibaratnya, kamu kahwin dengan saya, tetapi kamu seksa saya... gantung tidak bertali.
"(Mereka) sekat peruntukan (kawasan DUN) dan rampas pejabat saya. Macam mana saya nak berkhidmat?" soalnya lagi.
Berdasarkan surat Lembaga Disiplin UMNO yang bertarikh 28 Ogos tahun lalu, Muhamad Jailani didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 16 2024

Muhamad Jailani (tengah) yang juga wakil rakyat UMNO diterima menyertai Pas pada 10 Jun 2023, namun penyertaannya hanya diumumkan secara rasmi hari ini. -Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.