KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini memandangkan pada tahun lepas sahaja kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) direkodkan 7.9 peratus, dengan jumlah eksport produk halal mencecah RM53.72 billion.
"...dari tahun 2020 sehingga hari ini, RM400 juta jumlah jualan telah disumbangkan kepada KDNK negara melalui syarikat GTG, dan hari ini saya cabar MARA untuk menggandakan nilai ini," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), yang turut dihadiri Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan 400 warga kerja kementerian dan agensi.
Program GTG yang dilaksanakan MARA sejak 2017 bertujuan meningkatkan keupayaan usahawan dalam aspek pembangunan produk, pengukuhan penjenamaan dan pemasaran strategik yang dapat membawa produk tempatan ke pasaran dunia.
Sementara itu Ahmad Zahid juga mahu usaha mempelopori agenda membina generasi Al-Quran menerusi aspek latihan, kemahiran dan kerjaya terus diperkasakan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata program Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang dimulakan secara rintis di 100 buah Tabika pada tahun lepas melibatkan 1,500 kanak-kanak, akan diperluaskan lagi tahun ini kepada 4,145 kelas melibatkan 64,175 kanak-kanak.
"MARA sendiri sehingga hari ini melalui sistem pengajian MRSM Ulul Albab telah melahirkan 3,564 huffaz," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini. - Foto Bernama
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
![Pendidik MARA berpeluang jalani latihan berfokus di luar negara Pendidik MARA berpeluang jalani latihan berfokus di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720095237_ZahidHamidi.jpg)
Pendidik MARA berpeluang jalani latihan berfokus di luar negara
Warga pendidik MARA yang berpotensi, berpeluang menjalani latihan secara berfokus sama ada di dalam atau luar negara menerusi Skim Latihan Pemerkasaan Pendidik MARA yang diumumkan hari ini.
![IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719328663_TBAsyrafWajdi.jpg)
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
![Program TVET MARA terus cemerlang lahirkan modal insan berkemahiran tinggi Program TVET MARA terus cemerlang lahirkan modal insan berkemahiran tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718089230_MARAIPMATVET.jpg)
Program TVET MARA terus cemerlang lahirkan modal insan berkemahiran tinggi
IPMA melahirkan 28,919 graduan pelbagai bidang teknikal dan profesional, dengan kadar kebolehpasaran mencapai 94.34 peratus tahun lepas.
![Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 garap kualiti pengucapan awam pelajar Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 garap kualiti pengucapan awam pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717735624_DEBATMRSM.jpg)
Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 garap kualiti pengucapan awam pelajar
Debat MRSM Se-Malaysia kembali lagi tahun ini dengan tema 'Debat Epitome Minda Madani' melibatkan kesemua 57 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi merebut Piala Timbalan Perdana Menteri.
![MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717555720_MajlisAmanahRakyat.jpg)
MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan
MARA menyediakan ekosistem keusahawan yang lengkap merangkumi pelbagai pembangunan antaranya modal insan dan kemudahan sokongan.
![SPM 2023: 1,100 calon MRSM peroleh semua A - MARA SPM 2023: 1,100 calon MRSM peroleh semua A - MARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612188565_MRSM.jpg)
SPM 2023: 1,100 calon MRSM peroleh semua A - MARA
Seramai 1,100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan itu berbanding 1,006 calon pada tahun sebelumnya.
![Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714665282_TBRAYA.jpg)
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
![MARA siasat guru didakwa pedofil MARA siasat guru didakwa pedofil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668879809_TBAsyrafWajdi.jpg)
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.