TANJUNG MALIM: Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pada Ahad.
Mangsa, Ameyza Ya’akoob, 36, yang juga bekas pengawal peribadi kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dilaporkan mengalami patah kaki kiri dan kanan.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, pemandu kereta jenis Honda HR-V itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Bandar Sri Damansara di Selangor.
"Apabila sampai di Kilometer 365 lebuh raya berkenaan, lelaki berusia 63 tahun yang memandu kenderaan itu telah berhenti di 'emergency bay' untuk menukar pemandu dengan seorang wanita.
"Wanita berusia 63 tahun tersebut kemudian telah memandu keluar kenderaan itu dari kawasan 'emergency bay' dan bergerak perlahan di lorong kecemasan sebelum masuk ke lorong kiri, tiba-tiba sebuah motosikal telah melanggar belakang kereta berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, pada Selasa.
Mohd Hasni berkata, akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal telah mengalami kecederaan.
"Wanita yang patah kedua-dua kakinya itu telah dibawa ke Hospital Slim River oleh ambulans, sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Wanita itu masih belum buat laporan kemalangan.
"Lelaki dan wanita yang menaiki SUV itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 16 2024

Keadaan mangsa yang kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, di Tanjung Malim, pada Ahad. - Gambar ihsan pembaca
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
AWANI Tonight: Retirement: Securing a better future beyond EPF dividend
The EPF's 6.3% dividend for 2024 brings relief to many, but Dr. Paul Anthony Maria Das of Taylor’s University warns that relying solely on EPF savings is no longer a sustainable strategy for long-term financial security.
AWANI Tonight: Overseas-born kids of M'sian mums eligible for citizenship
Children under 18, born overseas to Malaysian mothers, can now apply for Malaysian citizenship following a settlement between advocacy group Family Frontiers, six Malaysian mothers, and the government.
AWANI 7:45 [10/3/2025] – Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang | Lebih seribu laporan tempoh Januari 2025 | Semak fakta | Keindahan sungai Terengganu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Fiji berminat contohi model pembangunan Malaysia - PM Anwar
Fiji menyatakan minat terhadap model pembangunan Malaysia, khususnya pendekatan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasakan sektor ekonomi dan pendidikan negara.
#AWANIRingkas 10 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Mac 2025
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Sindiket penipuan pekerjaan: 26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.