Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk menjual 4,300 unit sebulan model Alza yang baru dilancarkan, dibantu pengurangan dalam harga antara RM1,000 dan RM5,500.
Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata penurunan harga itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar syarikat pengeluar kereta mengurangkannya secara beransur-ansur.
"Kami mengurangkan harga di atas jalan (OTR) untuk pelbagai variasi Alza antara 2.1 peratus dan 7.4 peratus. Pengurangan itu akan menjadikan kenderaan pelbagai guna itu paling kompetitif di pasaran," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Produa Alza baharu hari ini.
Beliau berkata, pengeluar kereta kedua negara itu mampu mengurangkan harga kerana ia berupaya menjimatkan kos di kalangan rangkaian pengedar dan meningkatkan produktiviti di semua peringkat.
Aminar Rashid berkata syarikat itu menjual 3,800 unit Alza sebulan pada 2013.
Menurutnya, generasi pertama Alza menyumbangkan 23 peratus daripada jualan keseluruhan syarikat dan diunjurkan sumbangan generasi baharu itu akan meningkat tiga peratus kepada 26 peratus tahun ini.
Harga kereta Alza terbaru bermula daripada RM52,400 untuk edisi Standard (MT), manakala Standard (AT) adalah RM3,000 lebih tinggi pada RM55,400.
Edisi SE, dijual dengan harga RM56,400 untuk MT dan RM59,400 untuk AT.
Advanced Version edisi automatik dijual dengan harga RM64,000 OTR.
Alza, seperti semua model Perodua sejak S-Series dilancarkan pada Mac 2013, disertakan tiga tahun servis percuma.
Bernama
Fri Jan 10 2014
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan
Kemalangan melibatkan pelanggaran antara sebuah Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah Toyota Vellfire, selain melibatkan sebuah Proton Saga dan Perodua Alza.
Kereta bertembung, budak 2 tahun maut tercampak dari pangkuan ibu
Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
'Restoran nasi kandar dirempuh bagaikan peluru' - Saksi
Beberapa pelanggan di sebuah restoran nasi kandar di Georgetown berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan merempuh restoran tersebut.
Jualan Axia tertinggi 2015, Perodua belum cadang naikkan harga kereta
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merekodkan satu lagi kejayaan apabila menjual lebih 213,000 unit kereta mereka bagi tahun 2015.
Perodua optimis capai sasaran jualan 205,000 unit tahun ini disokong model Axia
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis mencapai sasaran jualan sebanyak 205,000 unit kenderaan pada akhir tahun ini di sebalik situasi mencabar dalam industri automotif sekarang.