Beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Lebuh Pantai, George Town berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki terbabas dan merempuh restoran itu, malam tadi.
Dalam kejadian di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa itu, kenderaan jenis Perodua Alza tersebut dikatakan cuba mengelak seorang pejalan kaki sebelum terbabas dan melanggar sebuah motosikal.
Bagaimanapun kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan kenderaan yang dipandu lelaki berusia 26 tahun itu hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam restoran nasi kandar berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Seorang saksi, Abdul Manaf Hashim, berkata dia melihat kenderaan terbabit meluncur laju ke dalam restoran terbabit dan melanggar meja makan serta kerusi di dalamnya.
"Ketika saya duduk dan minum di kedai Kassim Mustafa, kami 4 hingga 5 orang duduk di tengah, tiba-tiba saya ternampak sebuah kereta berwarna hitam datang ke arah kedai, laju seperti peluru. Apabila kereta itu masuk terus ke dalam, kerusi dan meja terpelanting ke belakang.
"Hari ni, belakang badan saya masih sakit lagi. Saya nak jumpa doktor dan saya telah membuat laporan polis bahawa saya terkejut dan tidak menyangka kereta itu boleh melurulaju. Kata pemandu dia membawa dengan perlahan, mustahil kereta itu laju," katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Lebuh Pantai, Muhammad Rizal Abu Bakar berkata, bomba yang tiba di lokasi sejurus kejadian mendapati restoran berada dalam keadaan berselerak manakala kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
"Kita dapati kereta Alza yang dibawa seorang lelaki telah merempuh di sebuah restoran tersebut dan pada masa itu kita mendapati ramai pelanggan berada di situ cuma terdapat satu mangsa yang cedera ringan terkena daripada kemalangan tersebut. Semasa bomba sampai di sana, didapati keadaan berselerak dan kenderaan pun telah berada di dalam kedai tersebut," katanya.
Polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan pemandu tersebut untuk siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.