KUALA LUMPUR: Sentimen perniagaan dalam suku pertama 2022 dijangka positif di tengah-tengah pembukaan semula ekonomi negara tetapi pemulihan sepenuhnya masih kekal tidak menentu, demikian menurut satu kaji selidik bersama.
Menurut kaji selidik Indeks Keyakinan Perniagaan RAM Holdings Bhd (RAM) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) bagi suku pertama 2022, keseluruhan indeks mencatatkan bacaan 55.4, yang mana merupakan sentimen positif, berbanding lima suku sebelumnya semasa tempoh pandemik yang mana bacaan berada di bawah 40.
"Firma-firma yang dikaji selidik kebanyakannya paling yakin dengan prospek jualan dan pengambilan pekerja, seperti yang dilihat dalam sub-indeks yang meningkat masing-masing kepada 60.2 dan 60.7.
"Jumlah firma yang menyatakan kelemahan ekonomi sebagai cabaran utama turun kepada 50 peratus daripada lebih 80 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas," kata RAM dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, dapatan daripada pengurus kredit CTO turut selaras dengan kaji selidik bersama itu yang menunjukkan petunjuk perniagaan mula meningkatkan operasi dan produktiviti.
Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan permintaan masih belum normal sepenuhnya kerana pandemik telah mengubah tabiat penggunaan dan kapasiti dijangka kekal berkurangan.
Kaji selidik bersama itu yang disertai 140 responden mendapati kira-kira 55 peratus daripada firma masih belum pulih ke paras seperti sebelum COVID-19, terutamanya dalam sektor perkhidmatan perniagaan (62 peratus) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat kecil (60 peratus).
"Kebanyakan firma ini menjangkakan pemulihan penuh hanya bermula dari 2023 dan seterusnya. Sebaliknya hanya 12 peratus responden, terutamanya daripada firma korporat besar berkata perniagaan telah melepasi paras seperti sebelum pandemik.
"Syarikat korporat besar dijangka mendapat manfaat daripada lantunan semula yang ketara dalam jualan eksport tahun lepas susulan sokongan permintaan luaran yang kukuh," katanya.
Selain itu, 62 peratus daripada firma yang dikaji selidik menyatakan peningkatan kos menjalankan perniagaan sebagai satu daripada faktor yang membantutkan pemulihan penuh, menjadikannya kebimbangan terbesar pada suku ini dengan kos input bahan mentah dan pekerja yang tinggi terutamanya bagi firma pembuatan.
Kenyataan itu memuktamadkan bahawa PKS dan perusahaan mikro masih ketinggalan di belakang syarikat korporat dalam perjalanan menuju pemulihan dan meskipuan peralihan Malaysia ke fasa pandemik mungkin meningkatkan prospek, mereka terpaksa berdepan dengan peningkatan kos dan kekurangan buruh yang akan menjejaskan margin.
"Bank-bank perlu memastikan PKS dibiayai secukupnya semasa fasa pemulihan. Penggubal dasar perlu terus melibat urus dengan firma-firma yang rentan dan menangani keperluan khusus meraka bagi memastikan pemulihan yang pantas dan seragam daripada pandemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
PKS dan perusahaan mikro masih ketinggalan di belakang syarikat korporat dalam perjalanan menuju pemulihan. - Gambar hiasan
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Hasrat Malaysia sertai BRICS tegak dasar bebas dan berkecuali
Keanggotaan dalam BRICS akan melengkapkan peranan aktif Malaysia dalam rangkaian kerjasama serantau dan antarabangsa.
Vietnam muncul negara paling menyerlah untuk perniagaan
Laporan itu menyerlahkan kemajuan ketara Vietnam dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang menggalakkan dan menarik.
Pemimpin negara perlu faham teknologi, dengar nasihat - Tun Dr. Mahathir
Dr Mahathir mendakwa, pemimpin negara yang ada ketika ini tidak fokus pada agenda memajukan negara.
Johor rekod nilai dagangan berjumlah RM753 bilion tahun lepas
Angka itu merangkumi 29 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.
Botswana alami ledakan kitar semula, pengumpulan sisa buangan jadi perniagaan menguntungkan
Hilang pekerjaan pada 2021 membuatkan Stella Mokone, seorang ibu tunggal kepada tiga anak di Francistown, bandar kedua terbesar di Botswana beralih kepada mengutip dan menjual sampah untuk menyara keh
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.
Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind
Ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.
Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian
Yeo berkata, banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk melabur dalam keselamatan siber.
Tarikh akhir kemuka borang tahun taksiran 2023 dilanjut hingga 15 Julai
Tarikh akhir pengemukaan borang nyata tahun taksiran 2023 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan dilanjut hingga 15 Julai.