KUALA LUMPUR: Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa perniagaan dan organisasi di Malaysia meneroka peluang luas yang terdapat dalam ketersambungan Internet ultra laju selain mengambil langkah proaktif melindungi aset digital.
Beliau berkata ketersambungan ultra laju menyediakan pelbagai faedah dan peluang kerana ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.
"Internet ultra laju akan meningkatkan produktiviti, kecekapan dan inovasi merentasi semua industri seperti e-dagang, pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan, kewangan dan perkhidmatan kerajaan.
"Perkhidmatan dan pengeluaran akan menjadi 10 kali lebih pantas atau lebih," katanya pada pameran ketersambungan jalur lebar 10 Gigabit per saat yang pertama di Malaysia anjuran ViewQuest di sini pada Rabu.
Menteri itu berkata ketersambungan ultra laju itu memperlihatkan keupayaan dan manfaat termaju Internet 10 Gbps selain menjadi bukti kepada infrastruktur Internet di Malaysia yang pantas dan boleh dipercayai serta memberi kesan yang mengubah keadaan terhadap masa depan digital.
Beliau berkata untuk menyokong dan mengurus Internet ultra laju maka perlu ada pasukan sokongan teknikal terlatih serta profesional selain pakar yang berupaya menangani potensi risiko keselamatan siber.
Sementara itu, Gobind turut menyentuh mengenai Akta Keselamatan Siber diluluskan di Parlimen April lepas dan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang diluluskan semalam di Dewan Rakyat.
"Undang-undang dan dasar untuk melindungi semua pihak amat penting memandangkan teknologi digital semakin pesat berkembang.
"Kita perlu mewujudkan kepercayaan digital ekoran semakin banyak syarikat multinasional melabur di Malaysia, menubuhkan pusat data dan kemudahan digital untuk terus memacu ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Gobind berkata, ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind
Strategi Pelaburan Malaysia Digital inisiatif lima tahun yang dilaksanakan MDEC berjaya menarik pelaburan sebanyak RM224.72 bilion setakat suku ketiga 2024.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Kementerian Digital akan teliti struktur NAIO untuk masa depan teknologi
Kementerian Digital akan meneliti secara spesifik mengenai struktur Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation yang akan dilancarkan pada 12 Disember ini.
Kos pembangunan RM16.5 bilion DNB tidak libatkan dana kerajaan - Gobind
Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Gobind akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, mainkan peranan penting dalam kepimpinan negara - Loke
Meskipun gagal memperoleh jawatan dalam pemilihan parti DAP Selangor 2024-2027 semalam, Gobind Singh Deo akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, kata Setiausaha Agung parti Anthony Loke.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Malaysia minat jalin kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center - Gobind
Malaysia intai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center yang membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.