KUALA LUMPUR: Kaspersky, syarikat keselamatan siber dan privasi digital global memberi amaran bahawa perniagaan di Malaysia amat perlu meningkatkan keselamatan siber mereka terhadap ancaman dalam talian dan di luar talian yang semakin meningkat.
Pengurus Besar Kaspersky Asia Tenggara Yeo Siang Tiong berkata banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk melabur dalam keselamatan siber.
Katanya kekurangan fokus dan perhatian terhadap perlindungan keselamatan yang kukuh menjadikan syarikat terdedah kepada ancaman siber, terutamanya bagi mereka yang mempunyai pengaturan kerja secara hibrid dan jarak jauh.
"Ini boleh menyebabkan kerosakan reputasi dan kewangan yang mahal sekiranya berlaku serangan besar," kata Yeo dalam satu kenyataan semalam.
Penyelesaian keselamatan Kaspersky, yang dikenali sebagai Kaspersky Business Solutions telah menyekat 2.5 juta ancaman tempatan yang menyasarkan perniagaan di Malaysia tahun lalu.
"Malaysia terus menyaksikan sejumlah besar serangan, dengan purata lebih daripada seribu serangan sehari," katanya sambil menambah bahawa syarikat-syarikat Malaysia perlu terus mengutamakan keselamatan siber.
Sehubungan itu, Kaspersky mengesyorkan agar perniagaan terus melawan serangan siber walaupun memiliki kakitangan keselamatan siber yang terhad dengan menaik taraf penyelesaian keselamatan siber.
Perniagaan juga harus memastikan dan menjamin infrastruktur bersepadu mereka dengan produk-produk keselamatan siber kerana banyak penyelesaian kecerdasan buatan (AI) dibina di atas pakej perisian standard, kata Kaspersky.
Katanya perisian dan persekitaran yang diperlukan untuk membangun, menguji, dan menggunakan model AI dimasukkan ke dalam pakej perisian standard, yang merupakan unit perisian yang ringan, mudah alih, dan mencukupi yang merangkumi semua yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu perisian.
Kaspersky menambah perniagaan juga harus melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja, mengamalkan prinsip selamat melalui reka bentuk dan mematuhi peraturan untuk mengelakkan masalah undang-undang atau kerosakan reputasi, dengan memastikan amalan keselamatan siber mereka memenuhi piawaian dan keperluan undang-undang yang berubah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Kaspersky mengesyorkan agar perniagaan terus melawan serangan siber dengan menaik taraf penyelesaian keselamatan siber, walaupun memiliki kakitangan keselamatan siber yang terhad. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.
Malaysia mahu tetapkan standard baharu tadbir urus global
Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global, berasaskan nilai-nilai berkekalan seperti keterangkuman, kepelbagaian dan perancangan berorientasikan masa hadapan.
AI perlu diperkenalkan di sekolah rendah, tanpa tambah sukatan sedia ada
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah rendah wajar diperkenalkan secara berperingkat dengan pendekatan lebih organik, tanpa menambah beban sukatan pelajaran sedia ada.

Serangan kecurian data bank meningkat 196% pada 2024 - Kaspersky
Penjenayah siber kini lebih agresif menyebarkan perisian hasad untuk mencuri maklumat perbankan.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

AIFA terima 57,782 pertanyaan sejak dilancarkan - MCMC
AIFA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian serta membanteras ancaman siber.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.

Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.

Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.

Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.

Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.