Malaysia Airlines Bhd (MAB) menyasar untuk mencatatkan sekurang-kurangnya pulang modal pada 2018 meskipun berdepan cabaran ekonomi dan geopolitik dunia, persaingan, ketidaktentuan tukaran asing serta harga bahan api.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail berkata operasi dan kewangan MAB ketika ini masih belum mencapai tahap berdaya maju, dengan keuntungan bulanan dan mingguan yang raih adalah tidak konsisten.
"Kami sudah menstrukturkan semula syarikat, memang kami lebih kecil tetapi kami akan kembali berkembang sebagai sebuah syarikat. Tugas pertama saya adalah memastikan syarikat kekal mampan, kami masih boleh ke seluruh pelusuk dunia menerusi kerjasama bersama-sama syarikat penerbangan lain.
"Kami memang telah terkebelakang sedikit, tetapi tiada sebab untuk kami tidak berkembang selepas ini," katanya dalam temu bual eksklusif yang disiarkan TV3 baru-baru ini.
Jelas beliau, Malaysia Airlines kini sedang merangka strategi jangka sederhana, antaranya meningkatkan usaha sama bersama-sama syarikat penerbangan lain untuk menambah rangkaian laluannya.
Bukan itu sahaja, Malaysia Airlines turut menyedari ia tidak boleh terus bersaing dengan syarikat penerbangan tambang murah bagi beberapa laluan, selain perlu beralih ke laluan lain yang lebih sesuai dengan pesawat dan model perniagaannya.
Namun, buat masa ini, tumpuan utama adalah menjalin kerjasama bersama-sama syarikat penerbangan utama lain yang memberi akses kepada laluan penting di Eropah, selain di India.
MAB juga sedang merancang untuk mengembangkan operasinya ke beberapa laluan baru.
"Sementara menunggu Malaysia Airlines berkembang menjadi syarikat yang memiliki 120 pesawat, kami perlu ada strategi sementara, ini akan dilaksanakan melalui jalinan kerjasama, selagi 14,000 warga kami dan rakyat memberi sokongan, tiada sebab untuk kami gagal kali ini," katanya.
Kapten Izham menggalas tugasan getir sebagai GCEO bermula 1 Dis, 2017.
Peranan sebagai peneraju Malaysia Airlines itu disifatkan tugasan korporat paling mencabar di Malaysia, atau mungkin di dunia, sehinggakan dua pakar asing bidang penerbangan menarik diri dan kini tanggungjawab itu kembali digalas anak jati tempatan.
Nama beliau sememangnya tidak asing lagi dalam syarikat penerbangan nasional itu setelah berkhidmat 38 tahun di MAB dengan 18 potfolio berasingan.
Berbeza dengan peneraju lain sebelum ini, Kapten Izham berkata, beliau akan mengambil masa bagi mengatur strategi.
Ditanya mengenai kemungkinan MAB dijenamakan semula seperti yang dicadangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Christoph Mueller pada 2015, Kapten Izham berkata, nilai syarikat Malaysia Airlines masih kukuh.
"Ia adalah tradisi kita, kita ialah orang yang merendah diri, berbudi dan sentiasa senyum, tidak negatif kepada orang lain, saya tidak lihat ada masalah dengan jenama ini, mungkin ada isu pada 2014, tetapi jenama kita telah kembali kuat," katanya.
Melangkah maju, MAB dijangka memperkenalkan tiga hingga empat laluan baharu setahun - yang menepati spesifikasi pesawat baharu yang akan diterima.
Malah, Kapten Izham turut mengambarkan lebih banyak destinasi berbeza selepas ini dan tidak lagi memberi tumpuan kepada pasaran tertentu sahaja.
"Malaysia Airlines perlu bergerak secara lebih bijak dengan mengatur laluan, tidak hanya di Australia dan Eropah. Kami perlu fokus kepada laluan China begitu juga Indonesia. Oleh itu, jika sebuah rantau atau pasaran tidak memberi pulangan nilai yang baik, kami ada laluan lain," katanya.
Pelan penstrukturan Malaysia Aviation Group, yang turut merangkumi MAB juga akan diumumkan menjelang akhir Mac ini.
Satu kajian terperinci sedang dijalankan di peringkat operasi semua anak syarikat termasuk, Firefly, Maskargo dan AeroDarat Services bagi memastikan organisasi kembali kukuh.
Menurut Kapten Izham, Malaysia Airlines bukan sahaja memerlukan satu pelan, malh perlu bersedia dengan beberapa pelan lagi, untuk berdepan pelbagai kemungkinan.
Beliau menyedari, kecuali Maswings - mandat diberi kerajaan bagi menghubungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia - objektif anak syarikat lain dalam kumpulan perlu diteliti semula.
"Kami juga sedang mengkaji apakah objektif utama Firefly, apa objektif AeroDarat, adakah praktikal untuk MAB mempunyai bahagian kargo, saya akan meneliti semula semua ini, dan menjelang akhir suku pertama, kita akan dapat gambaran lebih jelas, bentuk struktur organisasi yang lebih kukuh," jelasnya.
Sementara itu, jelas Kapten Izham, idea untuk mewujudkan syarikat dengan kod nama "Projek Amal" yang diperkenalkan penerajunya sebelum ini akan diteruskan.
"Kami jangka lesen operasi diperolehi menjelang suku ketiga atau suku keempat tahun depan, projek amal ini akan memulakan operasi dengan pesawatnya pada akhir tahun depan. Ketika ini aset atau pesawat A380 akan digunakan oleh MAB," katanya.
Projek Amal dirancang menjadi syarikat penerbangan pertama khusus bagi haji dan umrah, dengan penggunaan pesawat Airbus 380.
Ia dilaporkan akan memulakan operasi terlebih dahulu, sebelum membuka potensi kerjasama dan pelaburan kepada pihak luar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2018
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail berkata operasi dan kewangan MAB ketika ini masih belum mencapai tahap berdaya maju, dengan keuntungan bulanan dan mingguan yang raih adalah tidak konsisten.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd sertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kapten Izham mohon maaf, terpaksa kurangkan penerbangan untuk optimumkan perkhidmatan MAS, Firefly
MAG terkesan dengan penangguhan penghantaran pesawat baharu, menyebabkan kurangnya jumlah pesawat penerbangan untuk operasi.
"Malaysia Airlines sudah tidak boleh dibaiki" - Pakar
'Sejak 10 tahun lepas segala sokongan yang diberikan termasuk kewangan oleh Khazanah Nasional tidak berhasil'.
Malaysia Airlines kurangkan operasi susulan larangan perjalanan
Malaysia Airlines akan mengurangkan operasi rangkaiannya secara menyeluruh susulan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara dari 18 hingga 31 Mac bagi membendung COVID-19.
Malaysia Airlines lancar perkhidmatan sewa khas haji dan umrah
Sebelum ini, Kapten Izham telah menyatakan bahawa Amal akan dilancarkan selewat-lewatnya suku pertama tahun 2019. Amal adalah perkhidmatan yang pertama di dunia yang menawarkan perkhidmatan ini.
Malaysia Airlines sasar pulang modal tahun ini walau berdepan cabaran
Malaysia Airlines Bhd (MAB) menyasar untuk mencatatkan sekurang-kurangnya pulang modal pada 2018 meskipun berdepan cabaran ekonomi.
Akui mandat mencabar, Kapten Izham yakin MAB mampu 'hidup semula'
Menyifatkan jawatan digalas itu merupakan mandat yang mencabar, Izham akui ia adalah peluang terakhir untuk menghidupkan semula syarikat itu.
Liow yakin kemampuan Izham terajui MAB
Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan MAB sebagai bertuah kerana mendapat Kapten Izham Ismail sebagai CEO.
MAS akan mampu jejaki pesawat pada masa sebenar, peringkat global
Malaysia Airlines akan menjadi pelanggan pertama SITAONAIR untuk meraih manfaat itu menerusi jalinan kerjasama penting usaha jejak pesawat membabitkan tiga pihak.