Kapten Izham Ismail komited bahawa syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad (MAB) mampu kembali menjadi antara syarikat penerbangan terbaik bertaraf antarabangsa seperti pada satu ketika dahulu.
Beliau yang memulakan tugasnya sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) bermula 20 Oktober lalu, yakin tiada sebab untuk syarikat itu gagal.
Menyifatkan jawatan digalas itu merupakan mandat yang mencabar, Izham akui ini adalah peluang terakhir untuk menghidupkan semula syarikat itu.
"Saya akan melakukan yang terbaik untuk menyatukan kakitangan MAB sekaligus menghidupkan semula organisasi ini seperti apa yang berlaku 10 tahun lalu.
"Saya yakin bahawa dengan penyatuan ini syarikat penerbangan nasional ini akan menjadi salah satu syarikat penerbangan terbaik di dunia semula.
"Saya fikir dan percaya dengan penuh yakin dari hati. Tiada sebab untuk kita gagal. Hanya satu peluang untuk menghidupkan semula syarikat ini," katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Misi Kemanusiaan Untuk Rohingya di Kompleks MAB Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
BACA: Izham Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu MAB
BACA: Bellew yakin Kapten Izham mampu teraju MAB
BACA: Pelantikan CEO baharu MAB perlu disambut baik - PM Najib
Kapten Izham sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) MAB yang menggantikan Peter Bellew yang mahu kembali semula ke syarikat penerbangan Ireland, Ryanair Ltd. (Ryanair).
Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbangan, memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada 1979.
Beliau juga telah memecahkan rekod penerbangan dunia apabila beliau menerbangkan pesawat B777-200 pertama Malaysia Airlines pergi dan balik dari Seattle ke Kuala Lumpur.
Sebelum dilantik sebagai COO pada 2016, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, syarikat sekutu Malaysia Airlines di Sabah dan Sarawak.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Oct 22 2017
Menyifatkan jawatan digalas itu merupakan mandat yang mencabar, Izham akui ini adalah peluang terakhir untuk menghidupkan semula syarikat itu. - Foto ASTRO AWANI / Haritz Asyraf Hasnan
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd sertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kapten Izham mohon maaf, terpaksa kurangkan penerbangan untuk optimumkan perkhidmatan MAS, Firefly
MAG terkesan dengan penangguhan penghantaran pesawat baharu, menyebabkan kurangnya jumlah pesawat penerbangan untuk operasi.
"Malaysia Airlines sudah tidak boleh dibaiki" - Pakar
'Sejak 10 tahun lepas segala sokongan yang diberikan termasuk kewangan oleh Khazanah Nasional tidak berhasil'.
Malaysia Airlines kurangkan operasi susulan larangan perjalanan
Malaysia Airlines akan mengurangkan operasi rangkaiannya secara menyeluruh susulan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara dari 18 hingga 31 Mac bagi membendung COVID-19.
Malaysia Airlines lancar perkhidmatan sewa khas haji dan umrah
Sebelum ini, Kapten Izham telah menyatakan bahawa Amal akan dilancarkan selewat-lewatnya suku pertama tahun 2019. Amal adalah perkhidmatan yang pertama di dunia yang menawarkan perkhidmatan ini.
Malaysia Airlines sasar pulang modal tahun ini walau berdepan cabaran
Malaysia Airlines Bhd (MAB) menyasar untuk mencatatkan sekurang-kurangnya pulang modal pada 2018 meskipun berdepan cabaran ekonomi.
Akui mandat mencabar, Kapten Izham yakin MAB mampu 'hidup semula'
Menyifatkan jawatan digalas itu merupakan mandat yang mencabar, Izham akui ia adalah peluang terakhir untuk menghidupkan semula syarikat itu.
Liow yakin kemampuan Izham terajui MAB
Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan MAB sebagai bertuah kerana mendapat Kapten Izham Ismail sebagai CEO.
MAS akan mampu jejaki pesawat pada masa sebenar, peringkat global
Malaysia Airlines akan menjadi pelanggan pertama SITAONAIR untuk meraih manfaat itu menerusi jalinan kerjasama penting usaha jejak pesawat membabitkan tiga pihak.