Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mahu semua operasi syarikat penerbangan di Kota Kinabalu disatukan di bawah satu bumbung bagi memastikan keselesaan penumpang dan kecekapan operasi.
Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad berkata semua operasi syarikat penerbangan perlu disatukan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) memandangkan terminal itu mempunyai kemudahan lengkap dan mampu menampung kapasiti penumpang yang ramai.
Bagi tujuan itu, MAHB meminta kerjasama daripada syarikat penerbangan AirAsia Bhd yang ketika ini beroperasi di Terminal 2 KKIA, memindahkan operasi ke Terminal 1, seperti mana dilakukan Cebu Pacific Air pada Mac lepas.
"Di samping itu, Terminal 1 juga berupaya menampung kapasiti penumpang sehingga sembilan juta setiap tahun, berbanding hanya dua juta di Terminal 2.
"Jumlah penumpang yang dikendalikan pada tahun 2014 di kedua-dua terminal adalah 6.8 juta, iaitu di bawah kapasiti yang boleh ditampung di Terminal 1," katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan mesra di KKIA Terminal 2 dan 1 di sini, Isnin.
Beliau berkata adalah wajar bagi AirAsia memindahkan operasinya ke Terminal 1 memandangkan kapasiti penumpang di Terminal 2 melebihi daripada sepatutnya, iaitu 3.51 juta penumpang pada 2013, dan 3.6 juta pada tahun lalu.
"Bagi pertumbuhan masa depan, terdapat beberapa bidang tanah berhampiran Terminal 1 yang sedia untuk pengembangan. Berdasarkan unjuran pertumbuhan tahunan pada lima peratus, ia akan mengambil masa kira-kira lima hingga enam tahun untuk mencecah kapasiti sembilan juta," katanya.
Pada Julai lepas, AirAsia Bhd memutuskan untuk kekal beroperasi di Terminal 2 walaupun telah mendapat arahan berpindah ke Terminal 1 pada 1 Ogos, dengan alasan ia akan memberi kesan kepada operasi perniagaan dan peningkatan caj perkhidmatan penumpang, daripada RM32 untuk penumpang antarabangsa yang dikenakan ketika ini, kepada RM65 seorang.
Bagaimanapun, Azmi berkata, ia sepatutnya tidak dijadikan isu kerana caj itu turut dikenakan di beberapa lapangan terbang dalam negara termasuk Pulau Pinang, Kuching dan Kuantan, selain ia merupakan caj perkhidmatan penumpang yang paling murah di rantau ini.
Beliau berkata selain berlaku kesesakan, risiko keselamatan di Terminal 2 juga lebih tinggi berbanding di Terminal 1 disebabkan berlaku bertembungan ketika ketibaan dan pelepasan antara penumpang domestik dan antarabangsa.
"Kita tidak akan berkompromi dalam soal yang berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan para penumpang," katanya.
Menurut Azmi, MAHB telah menyediakan 16 kaunter daftar masuk khusus untuk AirAsia di Terminal 1 bagi memudahkan operasi syarikat penerbangan itu setelah berpindah ke sana.
"Semasa pembinaan Terminal 1 ini juga, kami mengambil kira operasi AirAsia. Ini termasuk susun atur terminal ini, dan operasi tanpa AeroBridge mengikut keperluan tambang murah, di mana penumpang perlu berjalan kaki ke kapal terbang, yang terletak di hujung terminal," katanya.
Bernama
Tue Aug 11 2015

AirAsia diminta bekerjasama untuk memindahkan operasi mereka dari Terminal 2 KKIA ke Terminal 1.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.