Ringkasan AI
- Malaysia Aviation Group (MAG) membeli 30 pesawat baharu daripada Boeing, termasuk 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10, dengan pilihan untuk 30 lagi pesawat 737.
- MAG menandatangani perlindungan penyelenggaraan penuh dengan CFM International Inc untuk keseluruhan armada pesawat CFM LEAP-1B, termasuk pembelian lima enjin ganti.
- Penghantaran pesawat baharu bermula pada 2029, dengan pilihan untuk lebih banyak pesawat ditentukan sekitar 2027 atau 2028, dan MAG merancang untuk menghentikan penggunaan pesawat Boeing 737-800 yang lebih lama menjelang 2030.
Pesanan itu termasuk 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 yang dikuasakan oleh enjin CFM LEAP-1B dengan pilihan untuk 30 lagi pesawat 737.
Menurut MAG, ia juga telah menandatangani perlindungan penyelenggaraan penuh dengan CFM International Inc untuk keseluruhan armada (pesawat) CFM LEAP-1B termasuk pembelian lima enjin ganti.
Pengarah Urusan MAG Group Datuk Kapten Izham Ismail berkata pemilihan 737-8 dan 737-10 mencerminkan penilaian teliti terhadap strategi pertumbuhan jangka panjangnya, memastikan syarikat penerbangan itu mempunyai pesawat sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran yang berkembang.
"Pesawat generasi baharu ini menawarkan kecekapan bahan api lebih tinggi, jarak jauh dan keselesaan penumpang dipertingkatkan," katanya pada majlis pertukaran dokumen untuk Pesanan Penggantian Pesawat Berbadan Sempit (Narrowbody) MAG, hari ini.
Majlis pertukaran dokumen itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kapten Izham berkata ia adalah pencapaian penting MAG dengan komitmen terhadap pertumbuhan dan penggantian Boeing 727-8s, MAG telah menerima 11 daripada pesawat itu dengan 14 lagi dalam tempoh satu setengah tahun akan datang.
Beliau menjelaskan bahawa 25 Boeing 727-8 itu bukan sebahagian daripada tempahan untuk 30 pesawat baharu yang dibuat hari ini.
"Jangkaan penghantaran Boeing 737-8 dan 737-10 baharu bermula pada 2029. Bagaimanapun, MAG mempunyai pilihan untuk 30 lagi pesawat Boeing dan ia akan menjadi gabungan 737-8 atau 737-10," katanya.
Pilihan untuk lebih banyak pesawat akan ditentukan sekitar 2027 atau 2028, syarikat penerbangan nasional itu akan meneruskan kempen berterusannya untuk pertumbuhan pesawat berbadan lebar.
"Kami menjangkakan tempahan pesawat berbadan lebar ketika ini akan berkembang di Asia Pasifik sekitar 2029 dan seterusnya," katanya.
Beliau juga berkata unjuran kadar pertumbuhan tahunan kompaun di Asia Pasifik dan rantau yang MAG sedang beroperasi terutamanya ASEAN adalah 5.6 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Secara aritmetik, Malaysia Airlines akan ketinggalan ke belakang terutamanya di ASEAN jika kita tidak melabur dalam armada, Malaysia Airlines mempunyai beberapa isu tahun lepas menguruskan pesawat dan rantaian bekalannya yang semakin berusia.
"Malaysia Airlines tidak seharusnya mengulangi kesilapan sama. Jesteru, tempahan pesawat baharu mesti tepat pada masanya. Jika tidak...kita akan ketinggalan," katanya.
Menerusi tambahan pesawat baharu itu, MAG secara beransur-ansur menghentikan menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang lebih lama, dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan menyasarkan untuk pesawat berbadan sempit yang moden sebanyak 55 Boeing 737-8 dan Boeing 737-10 menjelang 2030.
MAG kini mengendalikan 113 kumpulan seluruh sistem termasuk 42 Boeing 737-800 di bawah Malaysia Airlines dan lima di bawah Firefly.
-- BERNAMA
