Sultan Ibrahim turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni para peniaga di bazar itu dan membeli juadah berbuka puasa bersama kakitangan Istana Negara.
Dalam kenyataan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan keberangkatan Baginda diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Sultan Ibrahim turut berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membeli-belah.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda nyata mengujakan pengunjung di pusat beli-belah itu, yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Sultan Ibrahim.
