GEORGE TOWN: Ekonomi negara dijangka kembali pulih apabila pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan 3.1 peratus tahun lepas.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2021 sejajar dengan sasaran ditetapkan iaitu antara tiga dan empat peratus.
Mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi terbaharu, beliau berkata, perkara itu akan diumumkan bulan depan.
“Insya-Allah tahun lepas KDNK tumbuh 3.1 peratus, our forecast this year within 5.5 to 6.5 percent, ini menunjukkan kita optimistik dengan pembukaan semula ekonomi, eksport dan permintaan.
“Insya-Allah kita dapat lihat virus COVID-19 (diharap beransur) tidak membahayakan, as far as compared to data, we are optimistic, unjuran 2022 terbaharu akan diumumkan pada March bulan depan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Komtar Pulau Pinang pada Jumaat.
Turut hadir , Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Dalam masa sama, beliau berkata prospek ekonomi negara akan bertambah baik dengan meningkatnya sentimen pelabur, selain hasil positif menerusi import dan eksport.
Malah, negara juga katanya turut merekodkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) sebanyak RM50 bilion berbanding tahun sebelum ini.
“Berita baik, kita melihat keyakinan pelabur mengenai prospek pemulihan ekonomi negara kita dimana FDI kita telah mencecah RM50 bilion untuk tahun 2021 lebih tinggi dari tahun sebelum ini dan momentum ini akan berterusan pada tahun ini dan kerajaan terus dengan unjuran 5.5 hingga 6.5 peratus,” katanya lagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 11 2022
![Kerajaan optimis ekonomi negara bertambah baik - Tengku Zafrul Kerajaan optimis ekonomi negara bertambah baik - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644579740_UTC.jpg)
Tengku Zafrul (dua, kanan) berbual dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (dua, kiri) ketika melakukan lawatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Eksport halal Malaysia cecah RM54 bilion tahun lepas - Tengku Zafrul Eksport halal Malaysia cecah RM54 bilion tahun lepas - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720261230_TBZafrul.jpg)
Eksport halal Malaysia cecah RM54 bilion tahun lepas - Tengku Zafrul
Nilai eksport bagi industri halal negara pada tahun lepas mencecah RM54 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
![Pelaburan Google bukti kepada daya saing semasa Malaysia - Tengku Zafrul Pelaburan Google bukti kepada daya saing semasa Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719391981_tbTengkuZafrul.jpg)
Pelaburan Google bukti kepada daya saing semasa Malaysia - Tengku Zafrul
Pelaburan terkini Google memaparkan daya saing Malaysia, kemudahan menjalankan perniagaan dan kepentingan yang semakin meningkat sebagai hab serantau untuk inovasi digital.
![Malaysia sasar pelaburan dan eksport RM13 bilion pada Ekspo Dunia 2025 di Osaka Malaysia sasar pelaburan dan eksport RM13 bilion pada Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718859242_FadillahYusof.jpg)
Malaysia sasar pelaburan dan eksport RM13 bilion pada Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Malaysia yakin dapat meraih potensi pelaburan dan eksport bernilai RM13 bilion menerusi penyertaan di Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun.
![KIGIP bukan persaingan tetapi saling melengkapi taman perindustrian lain - Tengku Zafrul KIGIP bukan persaingan tetapi saling melengkapi taman perindustrian lain - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718435979_TBKIGIP.jpg)
KIGIP bukan persaingan tetapi saling melengkapi taman perindustrian lain - Tengku Zafrul
Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) bukannya bersifat bersaing, tetapi saling melengkapi taman-taman perindustrian sedia ada.
![Reka bentuk lestari perlu jadi agenda utama industri pembuatan - Tengku Zafrul Reka bentuk lestari perlu jadi agenda utama industri pembuatan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716974379_TBZAFRUL.jpg)
Reka bentuk lestari perlu jadi agenda utama industri pembuatan - Tengku Zafrul
Fokus utama kerajaan bagi 2024 adalah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dengan memberi keutamaan mendorong pelaburan.
![MITI rangka insentif khas Pusat Data AI MITI rangka insentif khas Pusat Data AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718094577_ZafrulAI.jpg)
MITI rangka insentif khas Pusat Data AI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membangunkan insentif khas untuk Pusat Data Kecerdasan Buatan (AI).
![ByteDance rancang labur RM10 bilion, jadikan Malaysia hab AI di rantau ini - Tengku Zafrul ByteDance rancang labur RM10 bilion, jadikan Malaysia hab AI di rantau ini - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717758576_Zafrul.jpg)
ByteDance rancang labur RM10 bilion, jadikan Malaysia hab AI di rantau ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan beliau dengan Naib Presiden TikTok Helena Lersch di Singapura, hari ini.
![NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716974379_TBZAFRUL.jpg)
NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul
Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) akan memposisikan Malaysia sebagai juara kuasa ketiga dan membolehkan kolaborasi bernilai tinggi dengan kuasa-kuasa besar dunia.
![Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716886969_TBANWARCOXSEMI.jpg)
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
![VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715229872_TengkuZafrul.jpg)
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen.