KUANTAN: Nilai eksport bagi industri halal negara pada tahun lepas mencecah RM54 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata industri halal memainkan peranan penting dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara dan sektor itu berpotensi untuk terus berkembang memandangkan industri halal global yang merangkumi produk dan perkhidmatan diunjurkan mencecah AS$5 trilion (AS$1 = RM4.71) menjelang 2030.
Katanya kerajaan komited untuk meningkatkan bilangan usahawan yang mengeluarkan produk berstatus halal dengan beberapa pendekatan telah diambil antaranya menerusi program Jelajah Halal Malaysia (JHM) yang dilaksanakan oleh Halal Development Corporation Bhd (HDC) iaitu agensi di bawah kementeriannya.
"JHM bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendapatkan pendedahan mengenai peluang untuk menembusi bukan sahaja pasaran tempatan tetapi juga pasaran eksport dalam industri halal.
"Sehingga kini program JHM berjaya melibatkan lebih daripada 1,800 PMKS sejak ia dianjurkan pada 2022," katanya ketika berucap di Program Jelajah Halal Malaysia@Paya Besar di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Tengku Zafrul berkata melalui JHM di Kota Bharu, Kelantan sebelum ini, HDC telah berjaya membantu 15 usahawan menempatkan produk mereka di Pasar Raya Besar Mydin Tunjong melalui sesi padanan perniagaan.
Menyentuh mengenai sektor halal di Pahang, beliau berkata berdasarkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat 158 syarikat pemegang sijil halal di negeri itu setakat 1 Julai, 2024.
"Bagaimanapun, saya yakin kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah membuat pelbagai perancangan untuk meningkatkan jumlah syarikat yang khususnya berkaitan makanan dan minuman untuk mendapatkan sijil halal," kata beliau.
Katanya beliau juga telah dimaklumkan mengenai beberapa kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk antaranya Kompleks Makanan Halal Gambang di Paya Besar dengan pihaknya sedia menawarkan perkhidmatan yang diperlukan bagi meningkatkan ekonomi di kawasan itu khususnya dalam industri halal.
Sementara itu, Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun ketika berucap berkata Paya Besar merupakan lokasi pertama JHM tahun ini sebelum diteruskan di Sabah hujung bulan ini dan di Pulau Pinang pada Oktober depan.
Pelaksanaan program itu katanya merupakan tanggungjawab HDC untuk mempersiapkan usahawan mengembangkan perniagaan sehingga berjaya mengeksport produk halal ke pasaran global.
"Ini merupakan satu platform bagi PMKS tempatan menerima ilmu dan maklumat bagaimana mahu mengembangkan keupayaan mereka sebagai sebuah syarikat yang boleh menjadi lebih lebih besar dari sekarang," katanya.
Program JHM@Paya Besar dihadiri lebih 200 usahawan tempatan yang diberikan maklumat terkini berkenaan peluang pasaran, bantuan dari segi produk perbankan Islam dan takaful, pematuhan berkaitan dengan pensijilan halal serta mengenai pembangunan dan latihan dalam industri halal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (tiga,kanan) melakukan gimik pelancaran Jelajah Halal @ Payar Besar hari ini. - Foto Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Eksport halal Malaysia cecah RM54 bilion tahun lepas - Tengku Zafrul
Nilai eksport bagi industri halal negara pada tahun lepas mencecah RM54 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Eksport halal Malaysia cecah RM44.17 bilion sehingga Oktober 2023
Nilai eksport bagi industri halal negara sehingga Oktober ini bernilai RM44.17 bilion, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.