KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan merangka insentif khas untuk Pusat Data Kecerdasan Buatan (AI).
Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi hantaran dalam platform media sosial beliau.
Menurut Tengku Zafrul, Pusat Data AI membawa limpahan ekonomi yang amat jelas dan memberangsangkan.
"Pelaburan dalam infrastruktur teknologi termaju dan pusat data AI berupaya menyokong komitmen Kerajaan Madani untuk mempercepatkan agenda transformasi digital negara dalam segenap aspek, di samping melancarkan lagi usaha peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi," kata beliau.
Tengku Zafrul turut memaklumkan, bagi tempoh 2021 hingga 2023, Malaysia telah meluluskan pelaburan di dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion.
Katanya, dalam tempoh itu, 2,325 peluang pekerjaan baharu bernilai tinggi dalam bidang kepakaran khusus, seperti saintis data, penganalisis data, jurutera data, penganalisis keselamatan siber dan jurutera rangkaian.
Sehubungan itu, Tengku Zafrul menjelaskan, Majlis Pelaburan Negara telah bersetuju supaya MITI melalui agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menggubal sebuah kerangka insentif.
Ini, kata beliau, termasuk melalui mekanisme penggunaan peralatan cekap tenaga dan air, serta penyediaan tenaga boleh baharu yang mencukupi bagi memudahcara pelaburan pusat data AI di Malaysia.
"MITI akan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi pusat data AI," jelas Tengku Zafrul.
Astro Awani
Tue Jun 11 2024

PM Anwar mempengerusikan mesyuarat di Putrajaya. - Sumber foto FB Tengku Zafrul

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

MITI rangka insentif khas Pusat Data AI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membangunkan insentif khas untuk Pusat Data Kecerdasan Buatan (AI).

MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.

MITI sedia bekerjasama bagi pelaksanaan pilihan pembiayaan sifar bersih
Idea serta mekanisme baharu itu diperlukan bagi pembiayaan projek serta inisiatif peralihan hijau secara berkesan.

MITI akan perkemas peranan 31 agensi penggalakan, tingkatkan usaha pelabur
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengusahakan satu inisiatif bagi memperkemas aspek peranan serta fungsi kesemua 31 agensi penggalakan pelaburan (IPA) di negara ini.