KUALA LUMPUR: Pelaburan terkini Google memaparkan daya saing Malaysia, kemudahan menjalankan perniagaan dan kepentingan yang semakin meningkat sebagai hab serantau untuk inovasi digital, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata pelaburan itu mengiktiraf potensi negara untuk menerajui ekonomi digital di rantau ini.
"Ini amat penting berikutan Malaysia berhasrat untuk menggalakkan ekonomi digital secara giat di peringkat serantau apabila kita mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada tahun depan.
"Kehadiran Google bukan sahaja akan mewujudkan ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi tetapi juga mempercepatkan transformasi digital perniagaan dan sektor awam kita, mengukuhkan kepimpinan teknologi kita dan menyokong kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi di Asia Tenggara," katanya pada Google Cloud Malaysia Day hari ini.
Tengku Zafrul juga berkata pelaburan ini menjadi asas kukuh untuk Malaysia mengguna pakai teknologi awan sebagai batu loncatan untuk operasi dan inovasi perniagaannya, membuka peluang dan menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi Malaysia.
Beliau berkata pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI), antara lain, menjadi faktor penting untuk membentuk masa depan sosioekonomi yang mampan dan inklusif selain teknologi awan adalah gerbang kepada masa depan yang lebih baik.
Katanya kerajaan MADANI mengiktiraf kuasa transformasi pendigitalan, pengkomputeran awan dan AI, menjadikannya pemacu utama dalam pelan hala tuju ekonomi negara seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
"Kami memahami bahawa melabur dalam infrastruktur awan dan menggalakkan pemikiran yang memberi keutamaan kepada digital adalah penting untuk mewujudkan masa depan yang mampan dan makmur untuk negara kita," katanya.
Tengku Zafrul berkata impak positif daripada teknologi awan terhadap ekonomi Malaysia adalah jelas.
Ia meningkatkan produktiviti dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, katanya.
Katanya Malaysia telah menyaksikan peningkatan dalam kecekapan dan inovasi apabila industri menggunakan penyelesaian berasaskan awan untuk menyelaraskan operasi, mengautomasikan tugas dan mendapat maklumat daripada data.
Beliau berkata sektor pembuatan, terutamanya telah mengguna pakai teknologi yang dipacu awan untuk mengoptimumkan rantaian bekalan, memantau prestasi peralatan dan meningkatkan kecekapan pengeluaran.
"Industri penjagaan kesihatan juga telah menyaksikan manfaat yang ketara, dengan hospital memanfaatkan teknologi awan untuk meningkatkan penjagaan pesakit, mengurus rekod perubatan elektronik dan memudahkan perkhidmatan teleperubatan.
"Kemajuan ini bukan sahaja memacu produktiviti dengan memanfaatkan maklumat berdasarkan data tetapi turut mewujudkan permintaan terhadap profesional berkemahiran tinggi dalam bidang seperti analisis data, pembangunan perisian dan seni bina awan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Tengku Zafrul bercakap pada Google Cloud Malaysia Day hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Gemini kelak boleh kesan acara dalam Gmail untuk ditambah ke Google Calendar
Gemini mengesan butiran acara dalam emel dan memberi pengesahan apabila acara ditambah.

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.

Mahkamah Moscow akan dengar rayuan Google terhadap denda AS$89.5 juta
Denda dikeluarkan selepas Google gagal bayar penalti 2 bilion rubel yang dikenakan FAS Rusia atas pelanggaran undang-undang antimonopoli Rusia.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google
Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Google Play Store mula beri amaran tidak muat turun aplikasi kurang popular
Amaran ini hanya sebagai konteks yang ada aplikasi alternatif dan tidak bermakna aplikasi ini berbahaya untuk digunakan.

Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.