HULU SELANGOR: Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa.
Telefon berkenaan ditemui sekitar jam 12.20 tengah hari selepas lebih sejam unit siasatan forensik sub akuatik memulakan pencarian dalam air.
Terdahulu, suspek yang disyaki terlibat kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dibawa ke lokasi berkenaan sekitar jam 11.40 pagi.
Lelaki berusia 26 tahun berpakaian lokap bewarna oren serta bergari berada di lokasi sekitar lima minit dengan dikawal ketat anggota polis.
Operasi pencarian bahan bukti melibatkan PDRM dari unit siasatan forensik sub akuatik serta Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Kubu Baharu serta dibantu bomba sukarelawan Felda Gedangsa.
Anggota JBPM dilihat mengepam air parit di ladang kelapa sawit sebelum unit forensik memulakan pencarian dalam air sekitar jam 11 pagi.
Mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu, ditemui pada Isnin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Rentetan daripada itu, suspek merupakan seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 17 2024
Bahan bukti dipercayai telefon bimbit milik mangsa ditemui di lokasi kejadian. - Foto NZ
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Laporan bedah siasat belum siap, kes bunuh Farah Kartini tangguh tiga bulan
Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 10 Disember depan bagi sebutan kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dituduh esok
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada Jumaat.
Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat
Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap.
Dompet dijumpai ada kad pengenalan Nur Farah Kartini
Dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi kad pengenalan milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, merupakan barang kes yang dijumpai di Sungai Trolak, Batu 4, Perak, pada Isnin.
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini disambung reman esok
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dibawa Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk permohonan lanjut reman, pada Isnin.
Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini
Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, semalam.
Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan
Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah selamat dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, di sini hari ini.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 'Guru saya sangat baik' - Bekas pelajar luah kesedihan
'Guru saya sangat baik, dunia ini tidak layak untuknya', demikian luahan seorang bekas pelajar mangsa bunuh, Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25.
Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga hari ini.
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.