Ringkasan AI
- Pelaburan ByteDance: Pemilik TikTok, ByteDance, merancang untuk melabur dalam kecerdasan buatan (AI) dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI di rantau ini dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion.
- Pusat Data di Malaysia: TikTok, melalui ByteDance System, telah membangunkan pusat data di Sedenak Tech Park, Kulai, Johor. Mengambil kira keperluan masa depan, syarikat tersebut berhasrat untuk mengembangkan fasiliti pusat datanya dengan pelaburan tambahan RM1.5 bilion.
- Pengembangan Ekonomi Digital Malaysia: Pelaburan tambahan dari ByteDance ini dijangka membantu Malaysia mencapai sasaran mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi satu hantaran di laman web X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) berkata perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan beliau dengan Naib Presiden TikTok Helena Lersch di Singapura, hari ini.
"Pelaburan tambahan ByteDance ini sudah pasti akan membantu Malaysia mencapai sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025," katanya.
Setakat ini, Tengku Zafrul berkata, TikTok melalui ByteDance System telah membangunkan pusat data di Sedenak Tech Park, Kulai, Johor.
Menurutnya, mengambil kira keperluan masa depan syarikat berkenaan turut berhasrat untuk mengembangkan fasiliti pusat datanya dengan pelaburan tambahan RM1.5 bilion.
-- BERNAMA