KUALA LUMPUR: Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 11.6 peratus pada 2022 mengatasi pertumbuhan KDNK negara pada 8.7 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata lonjakan ini menunjukkan kepentingan PMKS semakin meningkat dalam memacu perkembangan ekonomi.
"Sumbangan PMKS kepada KDNK juga meningkat kepada 38.4 peratus kepada 37.4 peratus pada 2021, manakala nilai ditambah berjumlah RM580.4 bilion, menandakan peningkatan yang ketara daripada RM520.0 bilion pada tahun 2021," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata, sektor perkhidmatan dan pembuatan mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang utama, merangkumi sumbangan sebanyak 84.6 peratus kepada KDNK PMKS.
"Tambahan pula, KDNK PMKS meningkat kepada RM670.1 bilion dari segi nominal berbanding RM575.5 bilion yang dilaporkan pada tahun 2021, dengan prestasi PMKS pada 2022 melepasi paras sebelum pandemik pada 2019," katanya.
Menurutnya, eksport PMKS bernilai RM144.5 bilion pada 2022, berkembang 16.3 peratus berbanding 5.4 peratus pada tahun sebelumnya, dipacu oleh sektor pembuatan dengan 19.5 peratus serta sektor perkhidmatan yang memulih kepada 5.7 peratus.
"Bagaimanapun, sektor pertanian merekodkan pertumbuhan lebih perlahan pada 6.2 peratus berbanding 20.4 peratus pada tahun 2021," katanya sambil menambah eksport PMKS merangkumi 10.5 peratus kepada jumlah keseluruhan eksport pada 2022, terdiri daripada sektor pembuatan (8.3 peratus) perkhidmatan (2.0 peratus) dan pertanian (0.2 peratus).
Mengenai situasi guna tenaga PMKS, Mohd Uzir berkata, sumbangan kepada guna tenaga Malaysia adalah sebanyak 48.2 peratus pada 2022, meningkat 0.4 mata peratus daripada 47.8 peratus pada tahun sebelumnya.
"Pada tempoh yang sama, bilangan guna tenaga PMKS terus merekodkan peningkatan dengan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih besar iaitu 3.8 peratus, mencatatkan sejumlah 7.59 juta orang," katanya.
Mengikut aktiviti ekonomi, guna tenaga PMKS meningkat bagi kesemua sektor kecuali sektor pertanian yang berkurang sebanyak 0.4 peratus, merangkumi 788,000 orang atau 42.3 peratus daripada keseluruhan guna tenaga sektor pertanian.
Sementara itu, Jabatan Perangkaan berkata produktiviti buruh PMKS yang diukur sebagai nilai ditambah bagi setiap pekerja meningkat 7.5 peratus pada 2022 berbanding 0.5 peratus pada tahun sebelumnya, merekodkan nilai produktiviti sebanyak RM76,433 setiap pekerja, melepasi nilai semasa sebelum pandemik pada 2019 iaitu RM75,625 setiap pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata lonjakan ini menunjukkan kepentingan PMKS semakin meningkat dalam memacu perkembangan ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA
Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.
Bekas pengurus besar PPNT gagal rayuan ketepikan sabitan guna resit palsu
Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan mengemukakan resit palsu.
Perdana Menteri Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari.
Pantau Agenda Reformasi: Masa depan ekonomi Malaysia (Forum Ekonomi Malaysia)
Datuk Dr Madeline Berma, Felo Kehormat, Institut Masa Depan Malaysia
Jurugambar hadap pertuduhan serang dua pereka fesyen tempatan
Seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah esok atas pertuduhan menyerang dan mendatangkan kecederaan kepada dua orang lelaki di Hotel Avante, Petaling Jaya di sini, pada Rabu.
Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini.
KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.
Harga hartanah di Lembah Klang dijangka naik 4 peratus pada 2025
Peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut, selain kenaikan kos bahan mentah.
Pelaburan NVIDIA kukuh kedudukan Malaysia dalam rantai bekalan chip
Firma teknologi utama seperti NVIDIA, yang memiliki kepakaran dalam cip tujuan khas untuk kecerdasan buatan (AI), adalah bidang kemajuan yang paling pantas.
Pertumbuhan Malaysia dijangka melepasi 5% tahun ini - Amir Hamzah
Negara sudah berada di landasan yang positif, dengan kerajaan berkemungkinan mengatasi sasaran defisit tahun lepas sebanyak 4.3% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
PMKS harus peroleh manfaat daripada perjanjian rangka kerja ekonomi digital - Tengku Zafrul
ASEAN merupakan pasaran Internet yang paling pesat berkembang dengan 125,000 pengguna baharu di Internet setiap hari.
Ekosistem kewangan perlu peruntuk lebih sumber bantu PKMS - Hui Ying
Keberkesanan program kerajaan untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada kerjasama antara institusi kewangan (FI) dan institusi kewangan pembangunan (DFI).
Jelajah Jiwa SME oleh Astro AWANI bakal bertemu warga PMKS Johor
Jelajah Jiwa SME kali ini akan berlangsung di Toppen Shopping Centre, Tebrau, Johor Bahru selama dua hari bermula 2 hingga 3 September 2023.
PMKS perlu tingkat usaha pendigitalan agar perusahaan berdaya tahan - SIRIM
Ia bagi menjamin kemampanan dan daya tahan industri dalam menghadapi cabaran perniagaan pada masa hadapan.
Kerajaan akan pastikan inisiatif kemampanan tidak jejas kepentingan golongan miskin, PMKS - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kementeriannya menyedari bahawa pembiayaan hijau boleh menjadi pemangkin untuk memajukan pembangunan hijau.
Bank, institusi kewangan digesa bantu PMKS amalkan prinsip ESG - Tengku Zafrul
Menurut Tengku Zafrul, sektor PMKS yang kukuh juga akan memaparkan ekonomi yang mantap serta berdaya tahan.
Strategi pemulihan PMKS pascabanjir terus diberi tumpuan
Kerajaan akan menggerakkan semua jentera kerajaan dalam menyediakan peruntukan serta sumber mencukupi.
Waqaf FELDA sasar urus aset RM500 juta menjelang 2030
Waqaf FELDA bakal menggunakan konsep wakaf korporat yang memperuntukan dana sumbangan pewakaf untuk dilaburkan dalam bentuk perniagaan.
Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM
Peminjam individu, dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai 7 Julai, 2021, kata Bank Negara Malaysia.