KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang giat berusaha untuk memastikan peralihan kepada kemampanan, sama ada menerusi insentif cukai, inisiatif sektor swasta, atau kemudahan pembiayaan dan pelaburan, tidak menjejaskan hak golongan miskin atau meminggirkan secara bersistematik perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ekonomi hijau tidak menjadi sinonim dengan kelab eksklusif yang hanya boleh disertai oleh mereka yang mempunyai sumber untuk membina kapasiti yang sewajarnya bagi pematuhan dan pelaporan berkala inisiatif mampan.
"Jika rumah berkonsepkan hijau berada dalam pasaran, adakah ia mampu dibeli oleh pembeli berpendapatan rendah? Jika kos pematuhan terlalu tinggi, perniagaan kecil dan mikro mungkin kelaknya akan terpinggir dari pasaran.
"Peralihan yang adil juga memerlukan kami menimbang dengan serius potensi kehilangan pekerjaan menerusi pengoperasian pengeluaran atau teknik pembuatan yang lebih mesra alam," katanya dalam ucap tama beliau pada persidangan Cagamas Bhd bertajuk 'Developing and Financing Green Housing in Asia', di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata kementeriannya menyedari bahawa pembiayaan hijau boleh menjadi pemangkin untuk memajukan pembangunan hijau.
"Contohnya adalah penerbitan Sukuk Kelestarian Berdaulat Berdenominasi Dolar AS yang pertama di dunia oleh kerajaan pada April 2021 berjumlah US$800 juta yang mendapat lebihan langgan sebanyak 6.4 kali di seluruh dunia. Hasil daripada terbitan itu digunakan untuk membiayai program dan projek berkaitan kelestarian," katanya.
Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022, beliau berkata kerajaan akan menerbitkan Sukuk Kelestarian Berdenominasi Ringgit berjumlah RM10 bilion dengan hasilnya juga akan disalurkan ke projek mesra alam atau sosial yang layak.
Dari segi pengoperasian objektif kemampanan Malaysia, beliau berkata pelbagai usaha telah dimulakan menerusi ekosistem Kementerian Kewangan (MoF), termasuk pelancaran Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk memudahkan penerbitan Sukuk berkaitan SRI oleh syarikat ke arah peralihan kepada aktiviti karbon rendah.
Usaha lain ditunjukkan menerusi pembentukan Jawatankuasa Bersama mengenai Perubahan Iklim (JC3), yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan SC, katanya.
JC3 disasarkan untuk mempercepat tindak balas sektor kewangan kepada risiko iklim serta cadangan perubahan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia yang bertujuan untuk menambah baik pendedahan kemampanan bagi syarikat tersenarai di segenap sektor susulan cadangan Panduan Permohonan Pasukan Petugas Kewangan Berkaitan Pendedahan Iklim (TCFD) bagi Institusi Kewangan Malaysia awal tahun ini.
"MoF juga telah melaksanakan dasar dan langkah-langkah untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana bagi menerima pakai amalan karbon rendah dan lestari. Ini termasuk langkah-langkah seperti Kemudahan Peralihan Karbon Rendah berjumlah RM1 bilion menerusi Bajet 2022.
"Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan kita juga, seperti Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah memulakan usaha kemampanan mereka masing-masing terutamanya dari segi memperuntukkan lebih banyak pembiayaan kepada aset dan pelaburan mampan," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata ekosistem kewangan dan pelaburan turut bertanggungjawab memainkan peranan penting untuk membantu kerajaan dalam menangani isu-isu struktur tertentu dan menjana peluang pertumbuhan seimbang dalam semua saiz perniagan dan segenap lapisan masyarakat.
Jika tidak, katanya, kerajaan mungkin tidak dapat meneruskan agenda kemampanan dan keterangkumannya bagi tempoh jangka panjang.
"Oleh itu, saya berharap Cagamas dan semua pemain industri di sini juga memainkan peranan utama dalam bidang ini dan menjadi pemangkin untuk menyokong bukan sahaja pertumbuhan perumahan hijau tetapi juga agenda keterangkuman di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

Tengku Zafrul berkata kementeriannya menyedari bahawa pembiayaan hijau boleh menjadi pemangkin untuk memajukan pembangunan hijau. - Gambar fail/BERNAMA

Ribuan pengunjung nikmati langit malam di Bazar Moreh dan Sahur terbesar di Perak
Terdapat lebih 20 gerai jualan yang mencakupi beberapa bahagian termasuk pakaian dan refleksologi.

Sederet empat buah kedai musnah dijilat api
Kebakaran melibatkan empat buah kedai bangunan jenis kekal dengan anggaran kemusnahan lebih 90 peratus.

Paus Francis yang dirawat di hospital zahir simpati untuk mereka yang sakit
Paus Francis menyampaikan simpatinya kepada semua individu yang sedang sakit.
Fahmi umum bertanding Naib Presiden PKR
Datuk Fahmi Fadzil membuat keputusan tersebut selepas berbincang dengan beberapa pemimpin dan rakan-rakan dalam parti.

EPL: Amorim syukur ada Bruno Fernandes, cemerlang bawa Man Utd mudah tewaskan pasukan tercorot, Leicester City
Fernandes menjadi watak penting Manchester United meraih kemenangan berdepan Leicester City, awal pagi tadi.
Bersih mahu RUU dibentang segera
Bersih mencadangkan agar rang undang-undang mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, dengan harapan ia mendapat sokongan bipartisan demi kestabilan dan integriti pentadbiran negara.
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran di Bukit Mertajam
Kebakaran besar melanda sebuah kilang kitar semula di Jalan Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Mertajam menyebabkan kemusnahan hampir keseluruhan bangunan.
Pihak bomba bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan, dengan lebih 100 pegawai dan anggota bomba dikerahkan untuk mengawal dan memadamkan api.
Pihak bomba bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan, dengan lebih 100 pegawai dan anggota bomba dikerahkan untuk mengawal dan memadamkan api.
Tembak di tempat awam, lelaki ditahan polis di Mukah
Lelaki berusia 56 tahun ditahan di Mukah selepas didakwa melepaskan tembakan dan memiliki senjata api tanpa lesen.
Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langgar undang-undang
Orang ramai digesa untuk membuat laporan polis jika mengetahui mana-mana agamawan atau guru agama yang melakukan jenayah. Ini bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil termasuk penggantungan atau penarikan semula tauliah mereka.
Proses ambil keterangan bekas PM bersambung hari ini
SPRM akan terus merakam keterangan bekas PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kali ketiga sebagai sebahagian proses siasatan berhubung kes rasuah serta penggubahan wang haram yang dihadapinya.

Kerajaan akan pastikan inisiatif kemampanan tidak jejas kepentingan golongan miskin, PMKS - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kementeriannya menyedari bahawa pembiayaan hijau boleh menjadi pemangkin untuk memajukan pembangunan hijau.