KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan digesa untuk meningkatkan usaha pendigitalan bagi menjamin kemampanan dan daya tahan industri dalam menghadapi cabaran perniagaan pada masa hadapan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad (SIRIM) Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata gesaan itu dibuat berdasarkan kepada jangkaan, yang mana, menjelang 2035, dunia akan tertumpu kepada penggunaan Internet Pelbagai Perkara (IOT), blok rantai dan kecerdasan buatan (AI).
"Kita kena faham dalam setiap aspek perniagaan pada masa akan datang, segala-galanya akan bergantung kepada AI serta setiap keputusan yang kita buat akan tertakluk kepada data dan bukan lagi pengalaman atau naluri tetapi sains dan perangkaan.
"Sains dan data juga akan menunjukkan kepada mereka bahawa ini arah tuju dan ini yang patut mereka buat untuk syarikat...mahu tak mahu kalau kita kena berubah atau kita akan tertinggal, kita perlu pastikan PMKS kita berkembang," katanya kepada Bernama.
Bagi membantu PMKS terus kekal berdaya saing dalam menangani cabaran berkenaan, SIRIM akan menumpukan kepada "Frontier Technology" iaitu pembudayaan teknologi masa hadapan dalam operasi PMKS termasuk penerapan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
"SIRIM akan turut memperkenalkan Pusat Kecemerlangan Kepintaran Perindustrian dan AI yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan dengan kerjasama rakan kongsi syarikat.
"Berkenaan ESG ini, kita nak PMKS gunakan segala nilai-nilai dan prosedur operasi standard (SOP) yang baik supaya produk yang dihasilkan itu dapat menembusi pasaran antarabangsa memandangkan skop pasaran dalam negara kita terhad iaitu hanya lebih kurang 30 juta penduduk sahaja," katanya.
PMKS juga perlu lebih terbuka untuk beradaptasi bagi mendigitalkan perusahaan mereka dalam konteks penggunaan modal dan tidak sewajarnya bergantung kepada pemberian geran oleh kerajaan.
"PMKS mesti ada satu fokus yang dia perlu berdaya saing tanpa geran, selagi ada mentaliti geran, dia tidak mampu maju ke depan. Kalau dia mahu mengembangkan perniagaan, perusahaan ini perlu meminjam daripada bank, baru pengusaha bersemangat untuk majukan perniagaan," katanya.
SIRIM Berhad merupakan anak syarikat kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta menjadi organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberikan tumpuan kepada penyelidikan perindustrian, latihan penyelidikan termasuk pembangunan standard industri serta keusahawanan berasaskan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
![PMKS perlu tingkat usaha pendigitalan agar perusahaan berdaya tahan - SIRIM PMKS perlu tingkat usaha pendigitalan agar perusahaan berdaya tahan - SIRIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678376739_AhmadSabirinArshad.jpg)
Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata gesaan itu dibuat berdasarkan kepada jangkaan, yang mana, menjelang 2035, dunia akan tertumpu kepada penggunaan Internet Pelbagai Perkara (IOT), blok rantai dan kecerdasan buatan (AI). - Foto BERNAMA
![DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738013134_Deepseeklogo.jpg)
DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.
AWANI 7:45 [13/2/2025] – Lima beranak maut dalam kebakaran| Harga lantai padi diselaras| FB lubuk iklan judi| Apa sudah jadi?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Ibu, empat anak rentung dalam tragedi kebakaran
-Harga lantai padi diselaras RM1,500 per tan metrik, bantu pesawah
-Facebook jadi lubuk iklan judi, lebih 200,000 kandungan diturunkan
-Lebih 8,000 calon SPM tidak hadir jawab kertas bertulis
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Ibu, empat anak rentung dalam tragedi kebakaran
-Harga lantai padi diselaras RM1,500 per tan metrik, bantu pesawah
-Facebook jadi lubuk iklan judi, lebih 200,000 kandungan diturunkan
-Lebih 8,000 calon SPM tidak hadir jawab kertas bertulis
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Consider This: e-Waste (Part 2) — Malaysia’s Silent Environmental Emergency
In our digital age, the latest smartphones, laptops, and gadgets are just a click away. But what happens when we upgrade? This year, Malaysia is expected to generate 24.5 million units of electronic waste—a hidden cost of our tech-driven lives. Much of this e-waste ends up in landfills, releasing hazardous materials that poison our environment and communities. So on today’s episode, we’ll take a closer look at Malaysia’s growing e-waste crisis and the efforts to address it. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Mohamed Tarek El-Fatatry, Founder & Director, ERTH (Electronic Recycling Through Heroes).
Consider This: e-Waste (Part 1) — Malaysia’s Silent Environmental Emergency
In our digital age, the latest smartphones, laptops, and gadgets are just a click away. But what happens when we upgrade? This year, Malaysia is expected to generate 24.5 million units of electronic waste—a hidden cost of our tech-driven lives. Much of this e-waste ends up in landfills, releasing hazardous materials that poison our environment and communities. So on today’s episode, we’ll take a closer look at Malaysia’s growing e-waste crisis and the efforts to address it. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Datuk Mohd Zain Hassan, Director of Eco Risk Digital Management Sdn Bhd. He recently retired as the CEO of Malaysia’s largest solid waste management company.
AWANI Ringkas 13 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Februari 2025
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Maklumat hospital 'cloud base' dijangka siap 2028
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
![SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735280010_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
![Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737282810_FahmiFadzil.jpg)
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
![Kepengerusian ASEAN akan beri manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi Kepengerusian ASEAN akan beri manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736850878_TBZIN.jpg)
Kepengerusian ASEAN akan beri manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi
Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sahaja tertumpu kepada mesyuarat di peringkat atasan, tetapi juga melibatkan aktiviti dan program di peringkat akar umbi di seluruh negara.
![Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736776080_GobindSinghDeo.jpg)
Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.
![Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716505086_WilliamNg.jpg)
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta
Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 9
![Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736667804_TBSINGHDEO.jpg)
Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.
![Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708770837_TBBUDUKETEREH.jpg)
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
![Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733133382_unifibusinessusah.jpg)
Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan
Athirah berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
!['Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan 'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733116379_tbUNIFIBUSINESSPM.jpg)
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
![MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699398665_growingmalaysian.jpg)
MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan program penanda aras bagi syarikat peringkat pertengahan (MTC).