Pengasas Bersama Mama Best Food Sdn. Bhd., Athirah Abdul Rajak berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
“Sebagai seorang usahawan, tiada masa untuk memberi tumpuan kepada juru strategi. Unifi Business telah bantu saya dengan merujuk saya kepada seorang pengurus kempen.
“Mereka hanya tanya soalan dan kita kongsikan gambar. Kemudian, mereka akan bantu iklankan produk kita dan dibayar perkhidmatan itu secara ansuran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI.
Dalam temu bual yang sama Pengasas Sumatra Industries Sdn. Bhd., Mohammad Syaifullah Che Ghani berkata urusan perniagaannya berjalan lebih efisien susulan peralihan penyimpanan di storan awan berbanding storan fizikal.
“Kita pindahkan kepada storan awan. Perkara yang baik berkenaan storan (Unifi Business) ini ialah kapasiti simpanan sehingga 1.5TB dengan maksimum tiga pengguna berdaftar.
“Mudah untuk diakses dimana-mana, menjadikan kerja-kerja lebih efisien. Saya rasa ramai pengguna Unifi Business yang tidak tahu,” ujarnya.
Memahami realiti payah jerih berniaga ini, Unifi Business tampil memberikan solusi yang boleh disesuaikan dengan keperluan semasa usahawan dalam dunia digitalisasi.
Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran berkata solusi digitalisasi yang ditawarkan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meluaskan akses pasaran dan meningkatkan produktiviti.
“Apabila kita lihat kepada tiga cabaran iaitu akses pasaran, tingkatkan produktiviti dan pengalaman pelanggan... ia menjadi sebab utama untuk beralih kearah digitalisasi. Dengan internet yang stabil memudahkan urusan perniagaan dalam talian.
“Kemudian, aspek Digital Marketing Solution (DMS) yang mampu meningkatkan akses pasaran usahawan. Manakala mengenai storan awan pula boleh meningkatkan produktiviti kerana data-data yang disimpan boleh diakses di mana-mana sahaja,” jelasnya.
Oleh yang demikian, bagi mendekati lebih ramai usahawan agar solusi perniagaan ini boleh dikembangkan, Unifi Business menjelajah di sekitar Selangor untuk membuka ruang kepada PMKS.
Untuk itu, Device Fiesta Paling Onz berlangsung sepanjang bulan November ini di:
- Unifi Store IOI City Mall, Putrajaya (9 Nov - 10 Nov 2024)
- GM Klang, Selangor (16 Nov - 17 Nov 2024)
- Johor Bharu (23 Nov - 24 Nov 2024)
Device Fiesta ini adalah jerayawara yang menawarkan promosi hebat masa terhad, termasuk PERANTI PERCUMA seperti TV PINTAR SHARP 75” (harga pasaran RM7,199), Tablet Samsung, Laptop ASUS dan banyak lagi untuk setiap langganan baru Unifi Biz broadband.
Seterusnya, PERCUMA TELEFON PINTAR REDMI (harga pasaran RM999), VIVO ataupun ZTE Blade dengan setiap langganan baru UNI5G.
Para usahawan juga boleh dapatkan pakej-pakej lain yang menarik seperti; pakej Biz Mantap serendah RM9.90/hari dan pakej Business Broadband ataupun UNI5G dengan DMS dan dapatkan Geran Digital PMKS Madani sehingga RM5000 ataupun 50 peratus potongan harga langganan.