KUALA LUMPUR: Keberkesanan program kerajaan untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada kerjasama antara institusi kewangan (FI) dan institusi kewangan pembangunan (DFI).
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata ekosistem kewangan ini, seperti Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) digalakkan memperuntukkan lebih banyak sumber kepada PMKS bagi membantu pengembangan PMKS.
“Untuk memacu negara kita ke arah pertumbuhan ekonomi yang maju, ekosistem kewangan perlu secara kolektif menangani cabaran yang dihadapi oleh PMKS,” katanya ketika merasmikan Anugerah FI/DFI & PKS ke-29 CGC 2023 di sini pada Khamis.
Turut hadir, Pengerusi CGC Datuk Mohammed Hussein serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.
Lim dalam pada itu memuji CGC kerana komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk memenuhi keperluan kewangan PMKS.
"Perbadanan itu telah beralih daripada penyedia jaminan kredit tradisional kepada institusi yang mampan dari segi kewangan yang menawarkan jaminan, pembiayaan dan khidmat nasihat bukan kewangan kepada PMKS," katanya.
Sejak penubuhannya pada 5 Julai 1972, CGC telah menyediakan lebih RM95.4 bilion dalam bentuk pembiayaan kepada lebih 380,000 PMKS.
Lim berkata PMKS juga harus menerima kecerdasan buatan (AI) dan pematuhan terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai alat transformatif bagi memupuk inovasi syarikat pemula niaga tempatan seiring dengan pengembangan era pendigitalan.
"Peralihan Malaysia ke dunia digital berpotensi meletakkan kita sebagai pemain terkemuka di pentas global," kata Lim.
Dalam pada itu, beliau berkata PMKS berfungsi sebagai tulang belakang ekonomi di seluruh dunia, menggunakan lebih dua pertiga daripada tenaga kerja global dan menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan produk pembangunan kasar (KDNK).
Di Malaysia, perusahaan itu menyumbang kira-kira 38.4 peratus daripada KDNK dan 48.2 peratus daripada jumlah pekerjaan pada 2022, katanya.
"Bagaimanapun, PMKS terus bergantung kepada sumber pembiayaan tradisional daripada sektor perbankan, namun masih terdapat kira-kira RM290 bilion jurang pembiayaan untuk PMKS sahaja, menunjukkan akses terhad kepada pembiayaan untuk perniagaan berskala kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
![Ekosistem kewangan perlu peruntuk lebih sumber bantu PKMS - Hui Ying Ekosistem kewangan perlu peruntuk lebih sumber bantu PKMS - Hui Ying](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721303494_TBLimHuiYing.jpg)
Lim berucap ketika merasmikan Anugerah FI/DFI & PKS ke-29 CGC 2023 pada Khamis. - Foto BERNAMA
![Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670373369_anwaribrahimSyed.jpg)
Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.
![MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739443091_tbMYGAS.jpg)
MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
[TERKINI] Nasib Pesawah Terbela, Kepentingan Rakyat Terjamin - PM Anwar
Ini adalah penyelarasan harga lantai belian padi yang kedua dilaksanakan Kerajaan dalam tempoh dua tahun untuk menambah pendapatan pesawah.
![Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739443078_GooglePembelajaranM.jpg)
Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.
![Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739443925_tbrasuahAnggotapo.jpg)
Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
![Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439696_TambunAhmadFarhan.jpg)
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
![PMKS harus peroleh manfaat daripada perjanjian rangka kerja ekonomi digital - Tengku Zafrul PMKS harus peroleh manfaat daripada perjanjian rangka kerja ekonomi digital - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726540927_TBZAFRUL.jpg)
PMKS harus peroleh manfaat daripada perjanjian rangka kerja ekonomi digital - Tengku Zafrul
ASEAN merupakan pasaran Internet yang paling pesat berkembang dengan 125,000 pengguna baharu di Internet setiap hari.
![Ekosistem kewangan perlu peruntuk lebih sumber bantu PKMS - Hui Ying Ekosistem kewangan perlu peruntuk lebih sumber bantu PKMS - Hui Ying](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721303494_TBLimHuiYing.jpg)
Ekosistem kewangan perlu peruntuk lebih sumber bantu PKMS - Hui Ying
Keberkesanan program kerajaan untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada kerjasama antara institusi kewangan (FI) dan institusi kewangan pembangunan (DFI).
![Jelajah Jiwa SME oleh Astro AWANI bakal bertemu warga PMKS Johor Jelajah Jiwa SME oleh Astro AWANI bakal bertemu warga PMKS Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693469524_TBJelajahJiwaSME.jpg)
Jelajah Jiwa SME oleh Astro AWANI bakal bertemu warga PMKS Johor
Jelajah Jiwa SME kali ini akan berlangsung di Toppen Shopping Centre, Tebrau, Johor Bahru selama dua hari bermula 2 hingga 3 September 2023.
![PMKS perlu tingkat usaha pendigitalan agar perusahaan berdaya tahan - SIRIM PMKS perlu tingkat usaha pendigitalan agar perusahaan berdaya tahan - SIRIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678376739_AhmadSabirinArshad.jpg)
PMKS perlu tingkat usaha pendigitalan agar perusahaan berdaya tahan - SIRIM
Ia bagi menjamin kemampanan dan daya tahan industri dalam menghadapi cabaran perniagaan pada masa hadapan.
![Kerajaan akan pastikan inisiatif kemampanan tidak jejas kepentingan golongan miskin, PMKS - Tengku Zafrul Kerajaan akan pastikan inisiatif kemampanan tidak jejas kepentingan golongan miskin, PMKS - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662125937_TengkuZafrul.jpg)
Kerajaan akan pastikan inisiatif kemampanan tidak jejas kepentingan golongan miskin, PMKS - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kementeriannya menyedari bahawa pembiayaan hijau boleh menjadi pemangkin untuk memajukan pembangunan hijau.
![Bank, institusi kewangan digesa bantu PMKS amalkan prinsip ESG - Tengku Zafrul Bank, institusi kewangan digesa bantu PMKS amalkan prinsip ESG - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648617947_TengkuZafrulAziz.jpg)
Bank, institusi kewangan digesa bantu PMKS amalkan prinsip ESG - Tengku Zafrul
Menurut Tengku Zafrul, sektor PMKS yang kukuh juga akan memaparkan ekonomi yang mantap serta berdaya tahan.
![Strategi pemulihan PMKS pascabanjir terus diberi tumpuan Strategi pemulihan PMKS pascabanjir terus diberi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642389912_TBPMKS.jpg)
Strategi pemulihan PMKS pascabanjir terus diberi tumpuan
Kerajaan akan menggerakkan semua jentera kerajaan dalam menyediakan peruntukan serta sumber mencukupi.
![Waqaf FELDA sasar urus aset RM500 juta menjelang 2030 Waqaf FELDA sasar urus aset RM500 juta menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636706636_WaqafFelda.jpg)
Waqaf FELDA sasar urus aset RM500 juta menjelang 2030
Waqaf FELDA bakal menggunakan konsep wakaf korporat yang memperuntukan dana sumbangan pewakaf untuk dilaburkan dalam bentuk perniagaan.
![Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635673643_PengerusiMajlisPem.jpg)
Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
![Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622460526_bajet.jpg)
Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM
Peminjam individu, dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai 7 Julai, 2021, kata Bank Negara Malaysia.