KUALA NERUS: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM2.4 bilion di Terengganu setakat Mac ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pelaburan itu termasuk dalam bidang pembuatan besi dan keluli, penanaman napier, kilang pulpa dan bekas makanan yang membuka 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Beliau berkata nilai pelaburan itu mewakili 57 peratus daripada RM4.2 bilion sasaran pelaburan yang ditetapkan ECERDC untuk negeri Terengganu pada tahun ini.
"ECERDC juga berjaya menarik pelaburan komited baharu bernilai RM1.02 bilion dalam sektor minyak, gas dan petrokimia (RM940 juta), perkhidmatan (RM50 juta), pelancongan (RM20 juta) dan pembuatan (RM10 juta) setakat Mac ini.
"Sebanyak 65 peratus melibatkan pelaburan langsung asing (FDI) dengan pelaburan tertinggi diterima dari Jepun iaitu sebanyak RM660 juta," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini hari ini.
Turut hadir dalam mesyuarat ICC itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri Datuk Jazmanie Shafawi dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat.
Baidzawi berkata mesyuarat ICC turut membincangkan pembangunan industri kenderaan rekreasi (RV) dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab RC di Asia Pasifik menjelang 2025.
Sehubungan itu, katanya beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk dimajukan sebagai taman RV di Terengganu.
"Di samping itu, ECERDC juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama sebuah syarikat penjanaan kuasa terkemuka dari China sebagai usaha menarik pelaburan baharu ke negeri ini.
"Untuk projek jalan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Kuala Terengganu City Centre (KTAR) pula, kemajuannya telah mencapai tahap 37 peratus sehingga Feb lepas," katanya.
Dalam majlis berasingan, Baidzawi turut menyempurnakan upacara penyerahan Surau Al-Ikhwan Teluk Ketapang kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Tabika Teluk Ketapang kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Terengganu.
Beliau berkata dua infrastruktur bernilai hampir RM1 juta di bawah projek KTAR itu mampu memanfaatkan kira-kira 2,000 penduduk di sekitar Kampung Teluk Ketapang dan kawasan berdekatan.
"Surau dan tabika ini adalah sebahagian daripada projek KTAR yang dilaksanakan dengan kos sebanyak RM28 juta. Ia adalah satu lagi projek kerajaan Persekutuan melalui ECERDC.
"Dua infrastruktur ini mula dibina awal tahun lepas dan telah memperoleh sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) pada 18 Mac lepas.
"Surau telah mula digunakan untuk solat tarawih dua hari lepas dan tabika akan mula beroperasi minggu depan," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024

Ahmad Samsuri berkata pelaburan itu termasuk dalam bidang pembuatan besi dan keluli, penanaman napier, kilang pulpa dan bekas makanan yang membuka 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.

ECERDC realisasi pelaburan RM2.4 bilion di Terengganu
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM2.4 bilion di Terengganu setakat Mac ini.

ECERDC raih pelaburan komited RM5.6 bilion untuk Pahang
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM5.6 bilion untuk Pahang setakat bulan lepas.

Pembangunan Pahang dijangka berkembang pesat dalam tempoh lima tahun - MB
ECERDC merupakan platform yang mampu mempercepatkan pembangunan, berdasarkan kajian dan perancangan yang teratur selain kerjasama erat bersama kerajaan negeri.

Projek penting di bawah ECERDC diteruskan - MB Kelantan
Semua projek penting di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kelantan masih diteruskan biarpun mengalami kelewatan, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Syarikat industri kenderaan rekreasi utama Jerman lawat ECER
Delegasi CIVD itu turut disertai kalangan eksekutif tertinggi daripada pembuat RV Jerman yang menguasai 65 peratus bahagian pasaran di Eropah yang bernilai kira-kira EUR7.5 bilion.

Wilayah Pantai Timur bakal jadi hub industri kenderaan RV
Kementeriannya bekerjasama dengan MIDA dan ECERDC untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi seperti industri RV ke Malaysia.

ECERDC berjaya tarik RM5.3 bilion pelaburan, wujud 3,300 peluang pekerjaan di Pahang tahun ini - PM
Jelas Ismail Sabri, selain pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan, kerajaan juga komited dalam membasmi kemiskinan tegar di Pahang.

Pelbagai projek ECERDC di Mersing sudah disiapkan - Onn Hafiz
ECERDC merupakan badan berkanun yang menerajui pelaksanaan ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.

Kerajaan peruntuk RM897 juta bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur - PM
Kerajaan memperuntukkan RM897 juta bagi pembinaan pembangunan bandar-bandar sempadan di tiga kawasan menerusi Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).