TUMPAT: Kerajaan memperuntukkan RM897 juta bagi pembinaan pembangunan bandar-bandar sempadan di tiga kawasan menerusi Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga pembinaan pembangunan luar bandar itu melibatkan Sungai Golok, Rantau Panjang iaitu Pembinaan Jambatan Takbai- Pengkalan Kubur, Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) iaitu Jajaran dari Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan sepanjang 147 kilometer.
Manakala ketiga melibatkan pelebaran jalan projek Lebuhraya Kuantan - Segamat, Fasa 2 yang melibatkan jajaran dari Runchang ke Simpang 3 Keratong, sepanjang 51 kilometer, dan Keempat, Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang – Golok Fasa 2.
“Pelancongan merupakan salah satu sektor yang menjadi tonggak kepada pemulihan ekonomi di Wilayah ini. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan telah mempergiatkan usaha memulihkan sektor pelancongan negara, dan penyempurnaan projek ini adalah lambang komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat Kelantan.
"Saya menghargai usaha penuh ECERDC dalam menerajui inisiatif-inisiatif pemulihan ekonomi negara di ECER, melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan modal insan, projek-projek strategik dan penarikan pelaburan baharu,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, ia mengambil kira perkembangan semasa dan Pelan Induk ECER 2.0 yang akan berakhir pada tahun 2025, ECERDC juga perlu menjalankan Kajian Pelan Induk ECER 3.0 untuk merangka pelan pelaksanaan sosioekonomi sehingga 2030.
"Program-program pembangunan modal insan yang dilaksanakan di ECER yang menyasarkan golongan B40, penganggur dan masyarakat Orang Asli telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan.
"ECERDC juga telah berjaya menarik sebanyak RM13 bilion pelaburan komited sehingga 31 Ogos 2022 yang bakal menjana 7,080 peluang pekerjaan dan hampir 300 peluang perniagaan, yang kini menghampiri sasaran pelaburan komited sebanyak RM14 bilion," katanya.
Tambahnya, jambatan sepanjang 4 kilometer ini juga akan meningkatkan daya tarikan Kampung Laut sebagai destinasi wajib singgah dan akan menyelesaikan masalah aliran trafik di Jajahan Kota Bharu yang sangat meruncing terutamanya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.
Dalam pada itu, menurut Ismail Sabri, kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut.
"Inilah komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati oleh rakyat Kelantan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
"Saya difahamkan pengambilan tanah untuk pembangunan projek telah hampir selesai dan pelantikan kontraktor untuk pembinaan jambatan tersebut akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini.
"Kerajaan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut ini sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana ia sangat signifikan," katanya lagi.
Tambahnya, Laman Warisan Kampung Laut kini telah menjadi satu destinasi wajib singgah oleh pengunjung-pengunjung di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.
"Dengan adanya Laman Warisan Serunding, para pengusaha kini beroperasi di sebuah kompleks yang lebih kondusif dan menarik yang akan meningkatkan lagi tarikan dan jualan hasil-hasil pengusaha kepada pengunjung.
"Negeri Kelantan kaya dengan kesenian dan kraftangan yang diwarisi sejak turun temurun. Laman Warisan Seni yang dibangunkan akan memelihara warisan seni budaya rakyat Kelantan," katanya.
Untuk rekod, projek ini telah menjadikan Kampung Laut sebagai sebuah destinasi wajib singgah di negeri Kelantan dan merancakkan kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan di kawasan setempat, disamping memelihara kesenian, warisan, budaya dan kemegahan seni bina penduduk Kampung Laut.
Laman warisan kampung laut bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan di negeri Kelantan. Pembangunan semula kampung laut sebagai Kampung Warisan melibatkan pembinaan Laman Warisan Serunding dan Laman Warisan Seni, serta pengembalian Masjid Kampung Laut yang berusia 400 tahun dari Nilam Puri ke lokasi asalnya.
Majlis perasmian tersebut turut dihadiri Ahli-ahli Majlis ECER termasuk keempat-empat Menteri Besar negeri-negeri Wilayah ECER iaitu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Untuk rekod, projek-projek yang bakal dilaksanakan oleh ECERDC termasuklah pembinaan Jambatan Palekbang yang akan melengkapkan Pembangunan Semula Kampung Laut serta merangsang aktiviti pelancongan di kawasan setempat.
Jambatan tersebut turut menyediakan laluan alternatif yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu, sekali gus dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kesalinghubungan.
Ia dijangka akan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan baharu, khususnya di jajahan Tumpat.
Dalam pada itu, Majlis Pertukaran Dokumen Pasca Mesyuarat Majlis Ahli-ahli Majlis ECER turut menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen di antara ECERDC dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority – MDA), dan juga di antara ECERDC dan Yayasan Petronas.
Majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara ECERDC dan MDA adalah bagi meningkatkan lagi peluang pelaburan, terutama dalam pembuatan peranti perubatan di tamantaman perindustrian ECERDC.
Wanna Abd Rahim
Fri Sep 09 2022
Ismail Sabri bersalaman bersama orang ramai sewaktu tiba di Pekarangan Masjid Kampung Laut sempena majlis perasmian Laman Warisan Kampung Laut hari ini. - Foto BERNAMA
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
ECERDC realisasi pelaburan RM2.4 bilion di Terengganu
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM2.4 bilion di Terengganu setakat Mac ini.
ECERDC raih pelaburan komited RM5.6 bilion untuk Pahang
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM5.6 bilion untuk Pahang setakat bulan lepas.
Pembangunan Pahang dijangka berkembang pesat dalam tempoh lima tahun - MB
ECERDC merupakan platform yang mampu mempercepatkan pembangunan, berdasarkan kajian dan perancangan yang teratur selain kerjasama erat bersama kerajaan negeri.
Projek penting di bawah ECERDC diteruskan - MB Kelantan
Semua projek penting di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kelantan masih diteruskan biarpun mengalami kelewatan, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Syarikat industri kenderaan rekreasi utama Jerman lawat ECER
Delegasi CIVD itu turut disertai kalangan eksekutif tertinggi daripada pembuat RV Jerman yang menguasai 65 peratus bahagian pasaran di Eropah yang bernilai kira-kira EUR7.5 bilion.
Wilayah Pantai Timur bakal jadi hub industri kenderaan RV
Kementeriannya bekerjasama dengan MIDA dan ECERDC untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi seperti industri RV ke Malaysia.
ECERDC berjaya tarik RM5.3 bilion pelaburan, wujud 3,300 peluang pekerjaan di Pahang tahun ini - PM
Jelas Ismail Sabri, selain pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan, kerajaan juga komited dalam membasmi kemiskinan tegar di Pahang.
Pelbagai projek ECERDC di Mersing sudah disiapkan - Onn Hafiz
ECERDC merupakan badan berkanun yang menerajui pelaksanaan ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.
Kerajaan peruntuk RM897 juta bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur - PM
Kerajaan memperuntukkan RM897 juta bagi pembinaan pembangunan bandar-bandar sempadan di tiga kawasan menerusi Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).