KUALA NERUS: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) komited memastikan kehidupan penduduk pantai timur yang lebih baik menjelang 2030 dengan mengambil kira 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat berkata penganjuran Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDG) 2024: Wilayah Timur di sini semalam menjadi bukti keseriusan organisasi itu dalam merealisasikan perkara tersebut.
Beliau berkata tiga program prapersidangan di laman Warisan Kampung Laut di Tumpat, Kelantan; Tasik Chini di Pekan, Pahang dan KampungStay@Teluk Buih Mersing, Johor serta lawatan teknikal di Setiu Wetlands di Setiu, Terengganu juga telah meningkatkan kesedaran peserta dan rakyat di kawasan berkenaan mengenai SDG.
"SDG adalah untuk menjadikan kehidupan rakyat di pantai timur lebih baik dari pelbagai aspek termasuk sosial, ekonomi dan alam sekitar. Kami di ECERDC apabila membuat sesuatu program, kami mengambil kira 17 matlamat dalam SDG untuk pastikan ia tercapai.
"Semua SDG ini libatkan kehidupan rakyat, jadi bila buat program untuk cari pendapatan misalnya, hendaklah pastikan kebudayaan, alam sekitar dan sebagainya terpelihara," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sidang kemuncak itu di sini semalam.
Sebagai contoh, Baidzawi berkata program pemeliharaan dan pemuliharaan Masjid Kampung Laut di Tumpat yang berusia 400 tahun merupakan fokus SDG 11 (bandar dan komuniti mampan) melibatkan perlindungan warisan budaya dan alam semula jadi serta SDG 8 (pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi) yang menggalakkan pelancongan bermanfaat.
Sementara itu Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi Datuk Luqman Ahmad dalam ucapannya berkata program tersebut akan menjadi input kepada kementerian dalam merangka Rancangan Malaysia ke-13.
Beliau berkata sidang kemuncak SDG semalam adalah edisi terakhir di peringkat wilayah sebelum Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024 peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada Julai depan.
"Kementerian Ekonomi menyambut baik inisiatif-inisiatif ECERDC untuk melindungi alam sekitar, memelihara serta memulihara warisan, seni dan budaya tempatan menerusi projek pembangunan semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Baidzawi membentangkan laporan penutup Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2024: Wilayah Timur di UniSZA, Kuala Nerus, 19 Mei 2024. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.

ECERDC realisasi pelaburan RM2.4 bilion di Terengganu
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM2.4 bilion di Terengganu setakat Mac ini.

ECERDC raih pelaburan komited RM5.6 bilion untuk Pahang
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM5.6 bilion untuk Pahang setakat bulan lepas.

Pembangunan Pahang dijangka berkembang pesat dalam tempoh lima tahun - MB
ECERDC merupakan platform yang mampu mempercepatkan pembangunan, berdasarkan kajian dan perancangan yang teratur selain kerjasama erat bersama kerajaan negeri.

Projek penting di bawah ECERDC diteruskan - MB Kelantan
Semua projek penting di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kelantan masih diteruskan biarpun mengalami kelewatan, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Syarikat industri kenderaan rekreasi utama Jerman lawat ECER
Delegasi CIVD itu turut disertai kalangan eksekutif tertinggi daripada pembuat RV Jerman yang menguasai 65 peratus bahagian pasaran di Eropah yang bernilai kira-kira EUR7.5 bilion.

Wilayah Pantai Timur bakal jadi hub industri kenderaan RV
Kementeriannya bekerjasama dengan MIDA dan ECERDC untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi seperti industri RV ke Malaysia.

ECERDC berjaya tarik RM5.3 bilion pelaburan, wujud 3,300 peluang pekerjaan di Pahang tahun ini - PM
Jelas Ismail Sabri, selain pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan, kerajaan juga komited dalam membasmi kemiskinan tegar di Pahang.

Pelbagai projek ECERDC di Mersing sudah disiapkan - Onn Hafiz
ECERDC merupakan badan berkanun yang menerajui pelaksanaan ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.

Kerajaan peruntuk RM897 juta bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur - PM
Kerajaan memperuntukkan RM897 juta bagi pembinaan pembangunan bandar-bandar sempadan di tiga kawasan menerusi Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).