Ketika negara-negara menutup sempadan mereka bagi penumpang terutamanya dari negara-negara yang dilanda wabak COVID-19, syarikat penerbangan mula merasai kesannya dengan Malindo Air yang berpangkalan di Malaysia nampaknya seperti berdepan dengan kekangan aliran tunai.
Sesetengah syarikat penerbangan mengumumkan langkah mengurangkan kos seperti potongan gaji bagi pengurusan dan kru kabin, manakala yang lain mengurangkan sasaran pertumbuhan dan penumpang.
Di Malaysia, Malindo Air nampaknya menjadi syarikat penerbangan pertama mendedahkan 'inisiatif pengurangan kos' berkaitan dengan COVID-19, nama rasmi bagi novel coronavirus 2019 yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dalam satu memo dalaman yang diperoleh Bernama yang tercatat nama Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Kapten Mushafiz Mustafa Bakri di dalamnya, menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu terpaksa mengurangkan banyak laluan penerbangan berjadualnnya berikutan cabaran operasi yang disebabkan oleh COVID-19.
Seterusnya selepas menyebut "inisiatif pengurangan kos untuk kekal bertahan", memo bertarikh 7 Feb, 2020, itu mencatatkan "Ini, seterusnya telah menyebabkan kekangan besar dalam aliran tunai kita."
Memandangkan keadaan ini, Malindo Air terpaksa membuat pembayaran berperingkat bagi gaji Februari 2020, kata memo itu.
Menurut memo itu lagi, kesemua kakitangan dengan gaji kasar RM5,000 ke bawah akan dibayar penuh pada Jumaat tetapi bagi yang dengan gaji kasar atau asas lebih daripada RM5,000 akan hanya mendapat gaji asas dan bakinya akan dibayar pada 7 Mac, 2020.
Usaha untuk menghubungi Malindo Air bagi penjelasan selanjutnya berhubung perkara itu tidak berjaya.
Begitu juga, Thai Airways pada Rabu mengumumkan potongan gaji bagi pengurusan dengan pengurusan kanannya secara sukarela mengurangkan gaji mereka sebanyak 25 peratus bagi tempoh enam bulan bermula Mac.
Inisiatif itu diambil bagi mengurangkan kerugian daripada kesan penurunan penumpang susulan penularan wabak tersebut, demikian menurut laporan berita.
Sementara itu, syarikat penerbangan nasional Hong Kong Cathay Pacific Airways mengurangkan penerbangannya susulan COVID-19 dan mengunjurkan penurunan keuntungannya bagi tahun ini.
Syarikat penerbangan itu juga meminta kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji untuk mengurangkan perbelanjaan operasi kerana ia berkemungkinan akan berdepan gangguan pada bulan-bulan akan datang.
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia pula telah membatalkan beberapa penerbangan terpilih ke China, Korea Selatan dan Taiwan memandangkan kebimbangan kesihatan berikutan penularan COVID-19 dan menawarkan bayaran balik penuh.
Firma penyelidikan CGS-CIMB Research, dalam nota penyelidikannya menjangkakan kumpulan penerbangan itu mungkin mencatatkan kerugian bersih teras RM1.1 bilion susulan permintaan dan hasil rendah di Malaysia, Thailand dan Filipina, memandangkan penerbangannya yang banyak ke China, Hong Kong dan Macau.
Syarikat penerbangan tempatan lain, Malaysia Airlines, membenarkan pembatalan dengan bayaran balik penuh serta perubahan tiket percuma bagi penerbangan ke dan dari tanah besar China.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan penilaian awal impak COVID-19 menunjukkan potensi 13 peratus kerugian tahun penuh permintaan penumpang bagi syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik.
Memandangkan pertumbuhan syarikat penerbangan rantau ini diunjurkan pada 4.8 peratus, kesan bersih dijangkakan penguncupan tahun penuh pada 8.2 peratus berbanding paras permintaan 2019.
"Dalam senario ini, ia akan membawa kepada kerugian hasil US$27.8 bilion (US$1=RM4.20) pada 2020 bagi syarikat penerbangan di rantau Asia-Pasifik -- sebahagian besarnya akan ditanggung oleh syarikat penerbangan yang berdaftar di China, dengan kerugian US$12.8 bilion di pasaran China sahaja," kata IATA, yang mewakili kira-kira 290 syarikat penerbangan terdiri daripada 82 peratus trafik udara global.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 28 2020

Malindo Air dikatakan terpaksa membuat pembayaran berperingkat bagi gaji Februari 2020. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.