KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia telah dianugerahkan Bursa Terbaik 2021 oleh Anugerah Kecemerlangan Regulation Asia ke-4 2021 melalui satu majlis dalam talian pada 9 Dis lepas.
Regulation Asia, sumber utama untuk maklumat pengawalseliaan bagi pasaran Asia Pasifik berkata anugerah itu diiktiraf oleh institusi kewangan, syarikat teknologi, firma undang-undang serta perundingan, bursa dan pemain lain yang membantu memastikan standard tertinggi untuk pematuhan peraturan yang ditegakkan dalam industri kewangan.
Dalam satu kenyataan, Regulation Asia berkata Bursa Malaysia dengan cepat telah menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di tengah-tengah pandemik semasa.
Bursa itu telah menyediakan pengecualian yuran untuk pemohon penyenaraian serta memperluaskan titik sentuh digitalnya bagi memastikan pasaran dapat diakses semasa sekatan pergerakan, sambil melaksanakan alat pengawasan masa nyata untuk mengurangkan risiko dalam peningkatan urus niaga Internet dan penggunaan membuat keputusan berasaskan data digital, katanya.
"Selain daripada tindak balas pandemiknya yang mantap, Bursa Malaysia telah menangani keperluan pelabur dengan menghendaki syarikat tersenarai membuat pendedahan berkaitan kemampanan dalam laporan tahunan mereka, memperluaskan portfolio persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) serta Indeks Syariah.
"Ia turut menggalakkan pendidikan pasaran mengenai kemampanan dan pelaburan ESG. Ia juga sedang berusaha dalam meningkatkan amalan pelaporan kemampanan di samping mewujudkan pasaran karbon sukarela yang patuh syariah termasuk platform perdagangan bagi menyokong peralihan Malaysia kepada pencemaran sifar," kata Regulation Asia.
Pengasas Bersama Regulation Asia, Brad Maclean berkata Bursa Malaysia juga merancang untuk menjadi neutral karbon pada 2022 dan mencapai pelepasan bersih sifar menjelang 2050, menunjukkan kepimpinan tindakan iklimnya.
"Di samping inisiatif ESG, Bursa Malaysia telah mewujudkan perkongsian strategik dengan bursa lain, mengadakan persekitaran yang kondusif untuk inovasi dan memanfaatkan teknologi baharu serta baru muncul seperti rantaian blok bagi meningkatkan operasi dan prosesnya, yang akan mendorong pertumbuhannya yang sedia pantas," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata kemenangan Bursa Malaysia sebagai Bursa Terbaik Tahun Ini adalah pengiktirafan terhadap usaha serta inisiatif dan juga kredit kepada seluruh pasukan di Bursa Malaysia.
"Walaupun menghadapi cabaran akibat pandemik global, Bursa Malaysia menonjolkan prestasi dalam bidang pelaburan Islam, niaga hadapan minyak sawit dan kelestarian.
"Anugerah ini akan memacu kami ke tahap yang lebih tinggi kerana kami terus meluaskan jangkauan dan penawaran sambil mengekalkan pasaran yang adil serta untuk semua peserta berkembang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Bursa Malaysia juga telah memenangi anugerah Projek Cemerlang bagi platform "Bursa Anywhere" pada majlis yang sama.
Aplikasi mudah alih Bursa Anywhere telah dilancarkan pada Jun 2019 untuk menyediakan pelabur dengan akses yang lebih mudah kepada maklumat portfolio dan pelaburan serta perkhidmatan depositori elektronik.
Aplikasi ini menawarkan pelabur akses langsung ke akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) mereka, memaparkan sekuriti yang mereka miliki pada nilai pasaran di samping memberikan pemberitahuan tepat pada masanya mengenai pengumuman korporat termasuk penyata bulanan, kata Regulation Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Regulation Asia berkata Bursa Malaysia dengan cepat telah menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di tengah-tengah pandemik semasa. - Foto fail/BERNAMA
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.94 mata kepada 1,620.0 daripada 1,619.06 pada Jumaat lepas.
Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia
Hanya 18 peratus daripada jumlah syarikat dalam 13 sektor ekonomi termasuk yang berada di Pasaran ACE diberi markah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh empat agensi penarafan.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan dalam kaunter teknologi dan utiliti terpilih susulan kenaikan sederhana tiga hari berturut-turut pada minggu ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur
Bursa Malaysia rendah semasa awal dagangan pada Jumaat, berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak kenaikan di Wall Street
Pada 9.24 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 6.90 mata kepada 1,625.28 daripada paras penutup semalam pada 1,618.38.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.