KUALA LUMPUR: Hanya 18 peratus daripada jumlah syarikat dalam 13 sektor ekonomi termasuk yang berada di Pasaran ACE diberi markah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh empat agensi penarafan, kata Bursa Malaysia Bhd.
Dalam kemas kini pasaran ESG bertajuk "Melihat liputan ESG Syarikat Senaraian Awam Malaysia" yang disiarkan oleh Bursa Malaysia menerusi platform media sodial X pada Jumaat, ia berkata, syarikat dengan modal pasaran yang lebih besar menerima lebih banyak liputan ESG.
"Tiga indeks terbesar iaitu utiliti, kewangan dan telekomunikasi, memperoleh lebih 50 peratus liputan setiap satu manakala Pasaran ACE hampir tiada liputan.
"Daripada 181 syarikat, hanya dua syarikat ACE mendapat pemarkahan ESG," katanya.
Bursa Malaysia berkata, dengan menerima pendedahan kemampanan, syarikat senaraian awam (PLC) boleh meningkatkan daya tahan dan daya saing keseluruhan mereka seterusnya dilihat sebagai pelaburan yang menarik.
Sebaliknya, ia berkata, agensi-agensil penarafan boleh meningkatkan liputan ESG bagi syarikat bermodal pasaran yang lebih rendah.
"Selain tahap liputan yang rendah, pelabur bimbang dengan metodologi penarafan 'black box' dan kekurangan ketelusan.
"Pelabur juga lebih menggemari firma penarafan ESG dengan pendekatan aktif dan penglibatan syarikat lebih mantap berbanding penilai ESG pasif yang bergantung semata-mata kepada pendedahan awam," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Bursa Malaysia berkata, PLC boleh meningkatkan daya tahan dan daya saing keseluruhan mereka seterusnya dilihat sebagai pelaburan yang menarik. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia
Hanya 18 peratus daripada jumlah syarikat dalam 13 sektor ekonomi termasuk yang berada di Pasaran ACE diberi markah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh empat agensi penarafan.