KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung selepas indeks utama mencecah paras tertingginya dalam tempoh tiga tahun semalam dan juga sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran utama serantau.
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 795 berbanding 413, dengan 494 kaunter tidak berubah, 747 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
Nikkei 225 Jepun naik 0.20 peratus kepada 41,275.08, Indeks Straits Times Singapura berkurangan 0.34 peratus kepada 3,487.91 dan Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.60 peratus kepada 17,727.98.
Seorang peniaga berkata bursa tempatan bergelut untuk mengekalkan momentum meningkatnya pagi ini berikutan aktiviti jualan dalam kaunter syarikat berkaitan indeks.
CelcomDigi susut lapan sen kepada RM3.60, Petronas Chemicals turun 10 sen kepada RM5.96 dan Sime Darby berkurangan sembilan sen kepada RM2.68.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM6.35, Public Bank tidak berubah pada RM4.13, Maybank turun empat sen kepada RM10.10, TNB berkurangan dua sen kepada RM14.16, CIMB jatuh tiga sen kepada RM7.15 dan Press Metal susut lima sen kepada RM5.98.
Dalam kalangan kaunter cergas, Bintai Kinden meningkat dua sen kepada 13.5 sen, MLabs menokok 3.5 sen kepada 24 sen, WCT menambah lima sen kepada RM1.16, Ekovest tidak berubah pada 51.5 sen, XOX turun setengah sen kepada satu sen dan JCY susut 3.5 sen kepada 72 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 32.08 mata kepada 12,600.73, Indeks FBMT 100 susut 28.15 mata kepada 12,173.13, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 37.99 mata kepada 12,972.59, Indeks FBM 70 berkurangan 40.72 mata kepada 18,809.22 dan Indeks FBM ACE susut 59.65 mata kepada 5,963.08.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 5.13 mata kepada 976.20, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 39.21 mata kepada 17,901.06, Indeks Perladangan naik 18.67 mata kepada 6,982.30 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.54 mata kepada 200.12.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.52 bilion unit bernilai RM3.07 bilion daripada 3.07 bilion unit bernilai RM3.36 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran turun kepada 1.08 bilion unit bernilai RM136.60 juta daripada 1.25 bilion unit bernilai RM166.71 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.06 bilion saham bernilai RM306.73 juta daripada 1.04 bilion saham bernilai RM424.76 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 396.91 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (658.48 juta); pembinaan (359.49 juta); teknologi (278.47 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (93.55 juta); hartanah (278.95 juta); perladangan (30.22 juta); REITs (15.69 juta); dana tertutup (23,000); tenaga (168.11 juta); penjagaan kesihatan (63.22 juta); telekomunikasi dan media (57.89 juta); pengangkutan dan logistik (43.58 juta); utiliti (73.29 juta); dan amanah perniagaan (2.45 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.