KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
"Kita akan cari telefon pintar miliknya (mangsa) serta rantai dan beberapa barang lain lagi yang dipercayai boleh dijadikan bahan bukti dan menjadi petunjuk kes," katanya.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang.
Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.
Terdahulu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024
![PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan. - Foto fail/Sinar Harian
![Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841773_HinduThaipusam.jpg)
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
![Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738757964_Pelancongcederater.jpg)
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
![Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738841428_SultanAbdullah.jpg)
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: 7 Okt untuk serahan laporan kimia, bedah siasat Kes bunuh Nur Farah Kartini: 7 Okt untuk serahan laporan kimia, bedah siasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724985196_Suspek.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 7 Okt untuk serahan laporan kimia, bedah siasat
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat Nur Farah Kartini Abdullah.
![Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724944029_TBupsi.jpg)
Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak
Pos Malaysia mengambil inisiatif menghantar barangan milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halamannya di Sarawak.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
![Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721555057_tbNurFarahKartini.jpg)
Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini
Kehilangan Nur Farah Kartini berakhir penuh tragis apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Bernam, Selangor lima hari kemudian.
![Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721977548_SuzursofiaSmeth.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan
Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah.
![Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721964052_PeguambelaNurAid.jpg)
Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
![Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721962521_Suspek.jpg)
Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
![Kes bunuh Nur Farah: Suspek tiba di Mahkamah KKB untuk tuduhan membunuh Kes bunuh Nur Farah: Suspek tiba di Mahkamah KKB untuk tuduhan membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721956457_Suspek.jpg)
Kes bunuh Nur Farah: Suspek tiba di Mahkamah KKB untuk tuduhan membunuh
Suspek yang memakai baju hitam dengan pelitup muka tiba jam 9.05 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
![Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah hari ini Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721951078_FarahKartini.jpg)
Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah hari ini
Tumpuan pastinya terarah pada susuk lelaki itu apabila sebahagian kecil maklumat mengenai suspek akan 'dilondehkan' dalam kertas pertuduhan kelak.
![Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721626330_bahanbukti.jpg)
Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta
Kunci itu ditemukan kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan kecil yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.